DUNIA
Obama lulus peruntukan menangani keganasan, kawalan senjata
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengumumkan pendekatan menangani keganasan melibatkan peruntukan US$500 juta (RM1.5 bilion) bagi memastikan insiden pembunuhan beramai-ramai di Newtown, Connecticut tidak berulang.
Obama menggunakan kuasa eksekutifnya tanpa menunggu kelulusan kongres bagi mengumumkan peruntukan dan langkah pencegahan yang terperinci.
Dana berkenaan akan diguna bagi mewujudkan sistem pemeriksaan latar belakang dan pengharaman penjualan senjata yang setanding dengan peralatan ketenteraan serta peluru berkuasa tinggi.
Obama turut mengarahkan agensi persekutuan menyediakan data lebih individu lebih terperinci bagi pemeriksaan latar belakang, selain pelantikan pengarah bagi Biro Alkohol, Tembakau, Senjata dan Bahan Letupan.
Manakala, pusat kawalan penyakit diarah melakukan penyelidikan berhubung keganasan melibatkan senjata api.
Jelas beliau, menjadi tanggungjawab masyarakat bagi memastikan kanak-kanak bebas daripada sebarang keganasan.
Dengan itu, Obama berikrar akan melakukan apa yang termampu bagi menjayakan pelan menangani keganasan melibatkan senjata api.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami