Wed Jan 27 2016


Ibu pelajar, Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz yang maut kemalangan di Jordan, Rafidah Mat Rani (kanan) ditenangkan suaminya, Ahmad Sabri Ahmad Bahari (kiri) sebelum jenazah disolatkan di Masjid Al-Bukhary Jalan Hang Tuah ibu negara, Rabu. Sebelum itu jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada 27 Januari 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Jenazah pelajar Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan tiba di perkarangan Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Lenggong, Perak pada 27 Januari 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Rakan-rakan pelajar Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan, memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarhamah sebelum disolatkan di Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Lenggong, Perak untuk disemadikan pada 27 Januari 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Orang ramai menunaikan solat jenazah pelajar Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz yang maut kemalangan di Jordan di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, ibu negara sebelum dibawa pulang ke kampung Allahyarhamah di Lenggong, Perak, untuk dikebumikan pada 27 Januari 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Ibu pelajar, Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz yang maut kemalangan di Jordan, Rafidah Mat Rani (kanan) ditenangkan suaminya, Ahmad Sabri Ahmad Bahari (kiri) sebelum bertolak ke kampung mereka mengiringi jenazah untuk dikebumikan di Lenggong, Perak. Sebelum itu jenazah Fatin Iqmal Idziyani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada 27 Januari 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Jenazah pelajar, Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz yang maut kemalangan di Jordan tiba di perkarangan Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah ibu negara untuk disolatkan sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Lenggong, Perak untuk dikebumikan. Terdahulu jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada 27 Januari 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
