awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nouran Gohar sekat misi kejuaraan kedua Sivasangari

Bernama
Bernama
27/04/2025
15:08 MYT
Nouran Gohar sekat misi kejuaraan kedua Sivasangari
Sivasangari memberi tentangan hebat sebelum tunduk 7-11, 12-14, 9-11 kepada juara pilihan utama kejohanan berkenaan. - Gambar fail/Instagram Sivasangari
KUALA LUMPUR: Hasrat pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini tidak kesampaian selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia Nouran Gohar dari Mesir pada aksi final Piala Grasshopper 2025 di Zurich, Switzerland, hari ini.
Dalam pertarungan sengit selama 42 minit di gelanggang kaca Zurich Hauptbahnhof, pemain pilihan ketiga kejohanan itu memberi tentangan hebat sebelum tunduk 7-11, 12-14, 9-11 kepada juara pilihan utama kejohanan berkenaan.
Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut buat pemain berusia 26 tahun itu kepada Nouran sejak pertemuan sulung mereka di pusingan ketiga Kejohanan Terbuka Antarabangsa El Gouna 2021.
Piala Grasshopper yang merupakan kejohanan bertaraf emas di bawah Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA), menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD123,000 (kira-kira RM538,000) bagi kategori lelaki dan wanita.
Februari lalu, Sivasangari muncul juara Piala Cincinnati Gaynor, Amerika Syarikat, selepas menewaskan pemain tuan rumah Amanda Sobhy dalam aksi lima set, 11-7, 6-11, 7-11, 11-7, 11-4.
BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sivasangari
#Skuasy
#misi kejuaraan
#Nouran Gohar
#piala grasshopper
#Zurich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan