Skip to main content

Dunia

Makanan ultra-proses dikaitkan dengan lemah tumpuan, risiko demensia - Kajian

51736633190_Junkfood.jpg
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal 'Alzheimer's & Dementia: Diagnosis, Assessment & Disease Monitoring' mengukuhkan hubungan jelas antara pemprosesan makanan secara industri dan kemerosotan kognitif. - Foto hiasan

MELBOURNE: Diet yang tinggi dengan makanan ultra-proses (UPF) boleh menjejaskan keupayaan otak untuk memberi tumpuan serta meningkatkan risiko menghidap demensia, menurut penyelidikan baharu yang didedahkan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kajian itu menganalisis diet dan kesihatan kognitif lebih 2,100 orang dewasa pertengahan dan lanjut usia Australia yang bebas daripada demensia dan mendapati bahawa walaupun peningkatan kecil dalam pengambilan UPF setiap hari, ia dikaitkan dengan penurunan ketara dalam tempoh tumpuan, tanpa mengira kualiti diet keseluruhan, menurut kenyataan oleh Universiti Monash Australia.

Advertisement

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal “Alzheimer's & Dementia: Diagnosis, Assessment & Disease Monitoring” itu mengukuhkan hubungan jelas antara pemprosesan makanan secara industri dan kemerosotan kognitif, kata penulis utama Barbara Cardoso daripada Universiti Monash.

Cardoso berkata peningkatan 10 peratus dalam pengambilan UPF atau bersamaan dengan menambah satu paket snek seperti kerepek setiap hari dikaitkan dengan “penurunan yang jelas dan boleh diukur dalam keupayaan seseorang untuk memberi tumpuan” serta skor lebih rendah dalam ujian kognitif.

Peserta mengambil kira-kira 41 peratus tenaga harian mereka daripada UPF, seperti minuman ringan, snek masin berbungkus dan makanan siap, hampir menyamai purata kebangsaan Australia sebanyak 42 peratus.

“Pemprosesan ultra terhadap makanan sering memusnahkan struktur semula jadi dan memperkenalkan bahan yang berpotensi memudaratkan seperti bahan tambahan tiruan atau bahan kimia pemprosesan,” kata Cardoso, sambil menjelaskan yang tahap pemprosesan makanan itu sendiri, bukan sekadar kualiti diet yang rendah, boleh menjejaskan fungsi otak.

Walaupun tiada kaitan langsung dengan kehilangan memori dikenal pasti, penyelidik menyatakan yang penurunan keupayaan tumpuan boleh menjejaskan pembelajaran dan penyelesaian masalah dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video