Pemakaian sari begitu sinonim dengan wanita kaum India sejak turun temurun lagi.

Ia juga merupakan antara pakaian yang menjadi kemestian diperagakan ketika sambutan Deevapali.

Menurut pakar sari, Pallavi Si, cara pemakaian sari yang asli masih lagi popular walaupun peredaran fesyen semakin berkembang.

"Di Malaysia, bukan sahaja kaum India menggemari Sari tetapi kaum bukan India turut menggemari Sari kerana gaya elegannya.

"Sari juga telah menjadi satu fesyen pada masa kini," katanya.

Katanya juga, seiring dengan perkembangan semasa, sari turut mengalami 'evolusi'.


Pallavi berkata, bukan sahaja daripada segi warna dan corak, sari kini ditawarkan dengan pelbagai pilihan jenis kain.

1. Sari Kasual

“Sari kasual adalah sejenis sari yang boleh dipakai pada setiap hari. Biasanya sari jenis ini adalah nipis dan ringan. Ada sesetengah orang turut memakai sari ini semasa membeli-belah,” kata Pallavi.

Katanya, harga sari jenis ini adalah di antara RM40 hingga RM140.

s


2. Sari Kapas

“Sari jenis ini sesuai dipakai dalam cuaca panas seperti di negara kita. Ia juga tidaklah begitu mahal,” katanya.

Katanya, harga sari jenis ini adalah di antara RM50 hingga RM100.

t


3. Sari Perkahwinan

“Sari jenis ini biasanya berat dan dipenuhi dengan corak sulaman yang unik. Ia memberi rupa mewah dan boleh dipakai ke majlis perkahwinan atau majlis resepsi,” katanya.


Katanya, harga sari jenis ini berharga antara RM1,500 hingga RM80,000.

t


4. Sari Renda

“Sari ini sesuai dipakai pada waktu malam terutamanya ketika majlis-majlis makan malam,” katanya.

Katanya sari jenis ini berharga antara RM300 hingga RM800.

y


5. Sari Sutera Tulen

“Sari jenis ini diperbuat daripada sutera tulen dan kebiasaannya mempunyai dua warna. Sari ini boleh dipakai ke tempat ibadat dan majlis khas lain,” katanya.

Harga sari jenis ini berharga antara RM550 hingga RM1,800.

y


6. Sari ‘Designer Cotton’

“Sari jenis ini boleh dipakai setiap hari,” kata Pallavi.

Katanya sari jenis ini berharga antara RM400 hingga RM1,200.

f


7. Sari Makan Malam

“Sari ini adalah berkaitan glamor. Ia sesuai untuk dipakai semasa pesta, acara tarian dan makan malam istimewa. "

Katanya sari jenis ini berharga antara RM480 hingga RM2,400.

r


8. Sari Tisu

“Sari Tisu adalah keras dan jarang. Ia sesuai dipakai pada waktu malam.”

Pallavi berkata sari jenis ini berharga antara RM280 hingga RM450.

g


9. Sari Gorget

“Sari jenis ini boleh dipakai untuk segala jenis majlis. Sari ini memberi kesan ‘ramping’ kepada pemakainya,” katanya.

Pallavi berkata sari jenis ini berharga antara RM650 hingga RM1,400.

g


10. Sari Sutera Kaanjee

"Ini adalah pakaian sari yang mewah dan boleh ditenun mengikut corak yang anda suka. Malah ada orang yang mencetak nama mereka pada sari jenis ini. Ia boleh dipakai untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis khas.

Pallavi berkata sari jenis ini berharga antara RM800 hingga RM35,000.

d