Sempena Aidilfitri, penulis buku Dari Tanjung Malim Ke KLCC terbitan Dubook Press, Fdaus Ahmad berkongsi tip untuk berhari raya di rumah mertua bagi menantu lelaki.
Tip ini dimuat naik di laman Facebooknya yang setakat ini mencatat lebih tujuh ribu likes dan hampir tiga ribu perkongsian.
Selamat mencuba!
1. Berlatih memasak
Pastikan anda mahir memasak sekurang-kurangnya satu resepi hebat, misalnya nasi beriani. Nanti di kampung mertua, tawarkan diri untuk memasak.
Pasti mereka ternanti-nanti menantu handal masak pulang untuk buat nasi beriani walhal itu sajalah resepi yang anda tahu.
2. Pelajari silap mata atau teka-teki
Pelajari beberapa silap mata ringkas. Panggil para anak saudara dan katakan pada mereka, anda ingin ajar silap mata. Begitu juga dengan teka-teki. Beri hadiah pada anak saudara yang meneka dengan betul. Anda akan terus dikenang mereka selamanya.
3. Bawa buah tangan
Sekurang-kurangnya bawalah pulang kain batik untuk ibu mertua dan kain pelikat untuk bapa mertua. Dua pakaian asas Melayu ini sudah mencukupi andai bajet anda tidak mengizinkan untuk membeli pakaian mahal.
4. “Jom naik dengan saya.”
Tiba di kampung mertua, cari jalan untuk parkir kereta paling belakang. Tujuannya? Andai mertua atau sanak-saudara ingin keluar berhari raya, anda terus saja mempelawa: “Jom naik dengan saya. Kereta saya paling senang keluar.” Tiada yang akan menolak.
5. Kelengkapan kereta
Sediakan ‘car jumper’ dan kotak peralatan lengkap dalam but kereta. Jika ada ipar duai mengalami masalah kenderaan, tawarkanlah peralatan anda yang lengkap kerana peralatan sedia ada dalam kereta mereka tidak mencukupi.
6. Dengar dan bantu
Saat berbual, banyakkan mendengar dan seeloknya tidak mengawal sesi tersebut. Kenal pasti bahagian perbualan yang memerlukan bantuan dan anda mampu memberi cadangan penyelesaian.
Misalnya perbualan mengenai bekalan barangan. Anda hanya bersuara apabila boleh membantu: “Saya ada kawan biasa buat. Dia boleh tolong.”
Pastikan anda benar-benar mampu membantu. Jangan sembang kosong.
7. Penuhi keperluan raya
Jika keperluan persiapan raya tidak mencukupi, tanyakan kepada isteri anda: “Awak tanyakan mak kalau ada apa-apa barang masak tak cukup? Abang nak keluar sekejap, alang-alang boleh beli sekali.”
Lebih ampuh jika soalan itu lantang sehingga didengar oleh saudara-mara dan ipar duai.
8. Belanja anak saudara
Alang-alang mahu keluar, bawalah sekali para anak saudara. Belikan gula-gula atau air kotak. Ini mudah.
9. Banyakkan interaksi
Habiskan masa di ruang tamu dan berinteraksi dengan ipar duai. Tidak perlulah menyibuk di dapur andainya tidak ada keperluan.
10. Facebook dilupa jangan
Andai sudah kehabisan idea, rakamlah beberapa foto yang sesuai. Muat naik di Facebook dan tag seramai mungkin saudara-mata dan ipar duai dengan kapsyen pada foto: Seronok betul sambut raya di sini. Meriah, semua saudara sempoi.”
Astro Awani
Wed Jul 06 2016
Rapatkan hubungan bersama ipar duai dan saudara-mara semasa berhari raya di rumah mertua - Foto fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.