Di Malaysia, pencemaran udara bukanlah satu kejadian yang baru malah ianya diberi perhatian setiap tahun sejak tahun 1970.
Setiap tahun, Malaysia berdepan dengan isu jerebu yang sering kali berpunca dari kebakaran hutan yang besar di negara jiran, Indonesia.
1. Apa itu pencemaran udara?
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengumpulan bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi di udara yang boleh menyebabkan kemudaratan kesihatan, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.
Menurut satu laporan kajian sains, karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif merupakan antara contoh pencemaran udara.
Punca utama pencemaran ialah pelepasan asap kotor oleh industri ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok, pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi.
2. Pencemaran primer dan pencemaran sekunder
Menurut Wikipedia, pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder.
Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat pembakaran terbuka serta asap kenderaan di jalan raya.
Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap di udara.
3. Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU)?
IPU atau API (Air Pollution Index) adalah satu petunjuk yang digunakan untuk memberi gambaran terhadap tahap pencemaran udara di sesebuah negara.
Secara amnya, sistem mengukur indeks pencemaran udara (IPU) dinyatakan dalam bentuk suatu julat nilai yang mudah difahami bagi mengambarkan kualiti udara atau tahap pencemaran yang berlaku.
4. Panduan Bacaan IPU
IPU dibahagikan kepada enam peringkat, iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat, berbahaya dan sangat berbahaya.
5. Bagaimana pencemaran udara dikira?
Merujuk laporan kajian UiTM, pengiraan IPU adalah berasaskan kepada nilai-nilai subindeks, (sub-IPU) yang diguna pakai di Malaysia dan Amerika Syarikat.
Sub-IPU ini mengandungi lima parameter yang merangkumi: debu (dust), sulfur dioksida(SO2), nitrogen dioksida(NO2), ozon(O3), karbon monoksida (CO), dan kepekatan logam PM10, bersaiz 10 mikron ke bawah.
Kelima-lima bahan pencemar ini digunakan untuk mengira nilai IPU di Malaysia melalui prosedur yang tertentu.
Bagaimanapun, di Malaysia, ukuran zarah PM2.5, bersaiz 2.5 mikron ke bawah tidak diambil kira dalam bacaan IPU.
Semalam, ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata kepada Malaysian Insider bahawa Malaysia perlu menggunakan ukuran yang boleh mengira zarah bersaiz 2.5 mikron ke bawah (PM2.5) sebagaimana yang dilakukan di kebanyakan negara, termasuk Singapura dan Indonesia.
Menurut Wong, walaupun data PM2.5 terdapat di sesetengah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Stesen tetapi kegagalan untuk menggunakannya menyebabkan bacaan indeks pencemaran jauh lebih rendah di Malaysia.
Wong membuat kenyataan ini selepas orang ramai sangsi bacaan IPU pada Sabtu lalu.
Kohilah Sekaran
Mon Sep 28 2015
Antara perkara penting berkenaan pencemaran udara dan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Usaha membuka pintu sempadan perlu dilihat dengan teliti - Dr Shamsul Bahari
Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan UMS, Prof Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin, usaha membuka pintu sempadan perlu dibuat dengan tujuan yang khusus.
Guna fakta elak dipengaruhi maklumat tidak benar
Beliau berkata seseorang harus mengawal emosi dalam menerima sesuatu maklumat bagi mengelak daripada dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
Infodemik jadi ancaman, punca kebebasan media semakin berkurangan
Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif menyekat infodemik yang mula menjadi ancaman besar, sekali gus memberi kesan kepada kebebasan media.
Batal diskusi vaksin saat akhir, Amzad berkunjung ke PPIM sambung perbincangan
Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.
UMNO dan BN tidak amalkan politik 'barbaric', menzalimi - Zahid
Zahid berkata UMNO tidak mengamalkan politik 'barbaric' (tidak bertamadun), kebencian dan dendam.
Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin
Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikia
Semak fakta, elak infodemik!
Infodemik ini bukan sahaja mengganggu pihak bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat, malah melambatkan usaha-usaha mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Jangan kelirukan generasi muda dengan interpretasi baharu sejarah - Pakar
Krisis identiti yang berlaku dalam kalangan rakyat di kebanyakan negara menyebabkan semakin ramai tidak memahami siapa diri mereka dan peranan serta tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan.
Henti politik isu 101 Projek : Saya hanya menjawab soalan - Zafrul
Beliau selaku individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara hanya menjawab soalan yang dikemukakan Ahmad Maslan.
Apa lagi anda perlu tahu tentang COVID-19?
Fakta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk perkongsian tentang COVID-19