RESTORAN yang bertema unik ataupun pelik sememangnya menarik perhatian pelancong kerana kebanyakan mereka ingin menikmati percutian yang lebih menarik dan luar biasa.

Hal ini kerana bukan setiap hari kita dapat peluang menjamu selera di restoran sebegini.

Kadang kala terfikir juga bagaimana pereka boleh memilih seni bina yang unik serta pelik sebegini. Makanan sedap atau tidak akan ditentukan kemudian.


Chodovar Brewery and Spa, Chodova Plana, Czech Republic


Selain menawarkan arak Pilsner buatan tempatan, Chodovar Brewery juga menawarkan spa arak, di mana pelanggan boleh berehat dalam tab mandian yang dicampur dengan air mineral dan arak gelap tradisional yang dihasilkan oleh restoran itu.


Restoran New Lucky, India


Restoran New Lucky di India ini dibina di atas tanah perkuburan Islam dan yang paling mengejutkan, menurut sumber, pemilik restoran ini menyatakan keranda sebenar itu merupakan aset penting dalam kemajuan perniagaannya.

Restoran yang menjadi tarikan di pusat bandar Ahmedabad ini terkenal kerana teh susu, roti gulung mentega dan kubur di antara meja.


Huashan Teahouse, China


Terletak di atas puncak Gunung Hua, Huashan Teahouse ini merupakan kuil Buddha dan Daoist yang menawarkan makanan secara percuma kepada sesiapa yang berani mendaki hingga ke restoran ini kerana Gunung Hua digambarkan sebagai salah satu laluan mendaki yang paling berbahaya di dunia.


Lainio Snow village Ice


Oleh kerana restoran ini dibina dengan salji dan ais, ia hanya akan dibuka pada musim sejuk dan hanya bersifat sementara.


Dinner in the Sky, Brussels


Sebelum anda menjamu selera, restoran ini akan diangkat setinggi 150 kaki! Dengan tiupan angin dan pandangan indah, pelancong dapat menikmati pengalaman menjamu selera yang terbaik!


Dans le Noir, United Kingdom


Hendak makan bagaikan dalam mimpi? Restoran Dans le Noir ini boleh menjadikan impian anda menjadi kenyataan.

Dengan suasana gelap gelita, restoran ini memberi peluang untuk menjamu selera tanpa melihat rupa makanan yang dihidang atau pelayan restoran tersebut.

Malah, pelanggan akan diberi arahan oleh pekerja restoran itu untuk membantu mereka menikmati makanan yang dihidangkan.