CANALYS mengeluarkan laporan 10 telefon pintar paling laris jualannya sepanjang 2023.

Yang mengejutkan, tujuh daripadanya ialah iPhone, manakala baki tiga lagi ialah keluaran Samsung.

iPhone 14 Pro Max mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 juta unit.

Diikuti oleh iPhone 15 Pro Max (32 juta), iPhone 14 (29 juta), iPhone 14 Pro (29 juta), iPhone 13 (23 juta), Samsung Galaxy A14 4G (21 juta), iPhone 15 Pro (21 juta), Samsung Galaxy A54 5G (20 juta), Samsung Galaxy A14 5G (19 juta) dan akhir sekali iPhone 15 (17 juta).

Adalah menarik melihat model lama iPhone yang lebih banyak terjual berbanding model lebih terkini.

Bagi Samsung pula, peranti kelas pertengahan Galaxy A lebih laku berbanding siri Galaxy S, Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip.

Maka tidaklah mengejutkan pada tahun 2023, Apple berjaya memintas Samsung sebagai pengeluar telefon pintar dengan pengeluaran tertinggi. -Amanz