Ahmad Maslan muncul dengan resepi nasi goreng petai pula

Firdaus Alauddin
Disember 30, 2018 04:25 MYT
Ahmad menunjukkan gambar nasi goreng petai yang menjadi sarapan akhir tahunnya di laman Twitter miliknya. Foto Twitter Ahmad Maslan
Jika sebelum ini nasi goreng timun bebas GST Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi bualan, penutup 2018, bekas timbalan menteri itu muncul dengan nasi goreng petai pula.
Berkongsi gambar di akaun Twitter miliknya, Ahmad berkata, ia merupakan sarapan akhir tahunnya, sambil menghuraikan resepi nasi goreng yang dimasaknya sendiri itu.
"Petai jangan dikupas, daging, telur, bawang, halia, lada, garam dan minyak sawit,” tulisnya di posting itu yang mencuit hati pengguna laman sosial.
BACA: Nasi goreng timun Ahmad Maslan dikecam netizen
Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menyatakan, 2018 merupakan tahun yang amat mencabar dalam hidupnya.
"Namun, syukur masih boleh tersenyum, dengan ingatan, 'ada aku kisah apa yang engkau orang cakap?'" katanya.

Masak Sendiri Nasi Goreng Petai Hidangan Sarapan Akhir Tahun Nasi, petai jangan dikupas, daging, telur, bawang, halia, lada, garam, minyak sawit. 2018 thn yg amat mencabar dlm hidup saya. Namun, syukur masih boleh tersenyum dgn ingatan ada aku kisah apa yg engkau orang cakap pic.twitter.com/bCNRNPc4Ob

— DS Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) December 30, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Status tersebut turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
“Kenapa tak perlu kupas petai?” soal ahli Parlimen DAP itu di ruangan komen.

Kenapa tak perlu kupas petai?

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) December 30, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Netizen juga rata-rata membanjiri ruangan komen.
Ada yang menyarankankan pemimpin UMNO itu dijemput menyertai rancangan masakan di televisyen sementara ada yang mencadangkan pemimpin UMNO itu menulis buku masakannya sendiri.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah berkata Ahmad memainkan peranan signifikan dan perlu terus berada di blok pembangkang.
Beliau menyifatkan, Ahmad akan mempunyai peluang yang cerah menjadi pembangkang yang hebat sekiranya terus bersama Barisan Nasional (BN).
BACA: Ahmad Maslan jangan lompat ke PH, kata Nurul Izzah
Izzah menyifatkan bahawa tiada kerajaan yang boleh berfungsi tanpa mempnyai pembangkang yang berkemampuan dan menghargai peranan Ahmad Maslan sebagai ahli parlimen pontian dan terlibat dalam sesi perbahasan di dalam Dewan Rakyat.
#Ahmad Maslan #Barisan Nasional #Dewan Rakyat #kerajaan #menteri #nasi goreng #Nurul Izzah Anwar #Parlimen #pembangkang #Permatang Pauh #rakyat #tahun mencabar