KUALA LUMPUR: Akses kepada informasi mengenai gejala kencing manis atau diabetes amat penting dalam menjamin kehidupan yang berkualiti bagi pengidap penyakit berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Nor'Aishah Abu Bakar.
Beliau berkata, usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini untuk mengawal tahap kencing manis mereka.
"Di hospital kita ada diabetic educator untuk memberi maklumat kepada mereka yang baru disaring dengan diabetes, memberitahu apa yang perlu dibuat, cara pemakanan, pengambilan ubat dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kuala Lumpur bertemakan 'Hidup Sihat, Keluarga Bahagia' diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), pada Ahad.
Mengenai tema sambutan, Dr Nor'Aishah berkata, ia menumpukan kepada kepentingan masyarakat mengetahui faktor-faktor risiko diabetes jenis dua dan mendapat akses maklumat serta rawatan yang betul bagi mencegah pesakit daripada mengalami komplikasi lain seperti penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, kerosakan retina mata, penyakit peridontal dan strok.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Kuala Lumpur (DMKL), Dr S.Inthirani selaku pengajur sambutan itu berkata, stres merupakan antara faktor utama menyebabkan seseorang menghidap kencing manis.
"Ia kerana biasanya apabila seseorang itu mengalami stres, dia cenderung untuk makan banyak, kemudian tidur lewat, seterusnya mengakibatkan berat badan bertambah, dan semua ini mengakibatkan mereka terdedah kepada diabetes," katanya.
Dr S. Inthirani yang mengakui beliau juga penghidap penyakit kencing manis berkata, kesedaran mengenai penyakit itu harus diterapkan kepada generasi muda supaya mereka lebih peka terhadap makanan dan minuman yang diambil sewaktu membesar.
Beliau berharap kempen-kempen amalan pengambilan gula yang rendah dalam pemakanan dapat dilaksanakan kerajaan di peringkat sekolah rendah lagi.
"Kita harap Kementerian Pendidikan boleh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan kempen-kempen sebegini di sekolah-sekolah, seperti kempen kurangkan gula dalam minuman, kurangkan minuman berkarbonat, dan galakkan pemakanan berkhasiat," katanya kepada Bernama selepas program itu.
Pelbagai aktiviti diadakan pada Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disertai lebih 400 peserta itu, seperti saringan kesihatan, zumba dan forum kesedaran. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini. - Gambar hiasan

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.