SEORANG pensyarah mengkritik tindakan Amazon yang menghantar pesanan lima paket biji lobak merah dalam lima kotak besar.

Pensyarah politik University of Kingston di London, Dr Robin Pettitt meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter.

Dia membeli lima bungkus kecil biji lobak merah itu kerana anak perempuannya sangat sukakannya, tetapi terkejut apabila bungkusan yang tiba jauh lebih besar.

"Hai @amazon, saya sangat menghargai pembungkusan yang baik, tetapi ini mungkin sedikit berlebihan," tulisnya.

Pengalaman Robin adalah yang terbaharu dalam senarai aduan pengguna Amazon berkaitan pembungkusan berlebihan dalam penghantaran produk.

Sebelum ini, seorang pelanggan Amazon pernah meluahkan rasa terkejut kerana bateri kecil yang dipesannya dihantar dalam kotak kasut.

Seorang lagi mengeluh kerana kalendar dinding yang dibeli dihantar lengkap dengan bungkusan kertas setinggi 45 kaki.

Pengguna kerusi roda Catrina Farnell pula terpaksa bergelut di tepi jalan untuk mengambil hiasan roset kecil dibelinya yang tiba dalam bungkusan yang terlalu besar.

Peruncit dalam talian itu pernah berikrar menghentikan penggunaan kotak kadbod besar untuk menghantar barang-barang kecil pada tahun 2016, tetapi ia masih berterusan.