awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amboi! Wanita ini dibayar RM6,000 sebulan sebagai pengopek kulit 'seafood'

Agensi
Agensi
26/05/2018
14:57 MYT
Amboi! Wanita ini dibayar RM6,000 sebulan sebagai pengopek kulit 'seafood'
Biarpun pekerjaan itu kedengaran seperti satu tugas yang mudah, namun ia tidak menyenangkan. - Facebook PearVideo
BAGI anak muda yang berkelulusan ijazah, menerima pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 adalah perkara biasa. Tidak kurang juga yang menerima pendapatan kurang daripada itu.
Namun bagi seorang penuntut universiti di China ini, dia menerima gaji lebih RM6,000 sebulan melalui pekerjaannya yang mungkin agak janggal di pendengaran kita di Malaysia, iaitu pengopek kulit makanan laut.
Biarpun pekerjaan itu kedengaran seperti satu tugas yang mudah, namun He Nanxin mengakui ia tidak menyenangkan.
"Bunyinya mudah, tetapi kerja ini sangat menjengkelkan. Ia membuatkan tangan anda kotor dan berbau hanyir," kata Nanxin kepada portal South Cina Morning Post.
Video Nanxin ketika sedang bekerja dimuat naik ke laman Facebook, PearVideo.
Pelajar tahun akhir jurusan rekaan fesyen itu memaklumkan, gajinya boleh mencecah sehingga 10,000 yuan (RM6,250) sebulan, bergantung kepada waktu dia bekerja.
Pemilik restoran yang terletak di Shanghai itu, yang enggan dikenali, berkata dia mendapat idea menggaji pekerja untuk mengopek kulit makanan laut selepas sedar ramai pelanggan yang datang adalah penggemar permainan video di telefon pintar.
"Ada yang datang bersama rakan-rakan ke restoran ini, dan bermain permainan video beramai-ramai. Ada yang sampai tak mahu meletakkan telefon.
"Jadi saya menggaji pekerja untuk melakukan kerja itu supaya pelanggan boleh terus bermain tanpa rasa terganggu," katanya.
Topic Berkaitan
#China
#gaji
#He Nanxin
#makanan laut
#pendapatan
#pengopek makanan
#permainan video
#Shanghai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan