Buycott dilancarkan pada 2013
Buycott mempunyai pangkalan data yang komprehensif.

Usaha momboikot produk Yahudi boleh dibantu dengan satu aplikasi yang dikenali sebagai Buycott.

Dilancarkan pada 2013, aplikasi ini kian popular dan mempunyai pangkalan data yang komprehensif sehinggakan pengguna boleh semak syarikat induk sesebuah jenama.

Buycott membenarkan pengguna untuk menyertai kempen sedia ada seperti Free Palestine atau Boycott Israel. Pengguna juga boleh melancarkan kempen mereka sendiri.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini ketika membeli belah untuk mengimbas kod produk (bar code). Kemudian ia akan memberitahu dengan serta merta jika pengeluar tertentu mempunyai apa-apa hubungan, sokongan, pendermaan, atau menjalankan perniagaan dengan sesebuah negara atau organisasi.

Buycott boleh memberitahu pengguna jika sesuatu produk menepati kepercayaan politik dan sosial seseorang pengguna.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.

"Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya.