SEPI di Padang Rengas pada subuh hari kami belah dengan deruman pacuan empat roda, dengan tujuan meneroka sebuah laluan kereta api lama. Keluar dari jajaran Lebuhraya Utara Selatan, kami susur jalan lama dengan berpandukan lokasi peta Google dengan carian “Air Terjun Keretapi”.
Ini sasaran pertama kami dalam seluruh jajaran sepanjang 9 kilometer (km). Itu juga sebab utama kenapa kami perlu tiba seawal yang boleh bagi menikmati pemandangan berkabus di kawasan ini.
Memandangkan kami mengembara bersama kenderaan yang lasak, maka kami tidak mengikuti jajaran trek jalan kaki sejauh lebih 9km sehala itu. Kami tebuk sahaja terus pada destinasi pertama di Air Terjun Keretapi. Tidak jauh dari jalan besar, sekitar 200 meter sahaja kami telah tiba di rel lama. Ketika itu Bukit KLX masih diselimuti kabus tebal di pagi yang cerah.
Setelah menyembunyikan kenderaan kami yang sarat dengan kelengkapan rakaman audio dan visual ke dalam sebuah kawasan semak tinggi di dusun Lembah Berapit, kami mulakan penjejakan ke lokasi pertama sebuah jambatan keretapi lama.
Jarak di dalam peta Google kelihatan tidak jauh dan memang benar, jaraknya dekat sahaja. Laluannya menarik apabila melalui satu celahan batu seperti lorong buatan manusia yang dipotong rapi dengan tembok penahan yang sudah usang. Inilah laluan kereta api nostalgik Express Rakyat yang kini telahpun diambil alih oleh alam semulajadi semula. Sekali sekala terlihat lagi cengal yang dahulu menjadi kasut landasan kereta api masih utuh di rel lama kereta api.
Hanya sekitar 300 meter menyusur rel tinggal itu, kami dah mula mendengar bunyi deruan jeram. Itu tanda tempat kami tuju sudah hampir. Dari kejauhan sudah terlihat pancang-pancang besi yang masih tinggal pada jambatan kereta api lama ini. Cukup indah sekali.
Kami tak tunggu lama dalam keadaan cuaca baik pagi itu untuk rakaman foto dan video dari udara sambil merakamkan kecantikan tempat ini dari pandangan mata burung.
Bersebelahan dari jambatan itu ada laluan turun yang tidak curam untuk pergi ke jeram di bawahnya. Tiada orang lain ketika itu kecuali kami. Kemungkinan pada jam 7.30 pagi itu, pengembara rel kereta api ini mungkin masih belum tiba lagi di sini kerana mereka biasa memulakan perjalanan dari sebelum terowong pertama berhampiran Makam Long Jaafar.
Jika mereka berjalan kaki, biasanya akan mengambil masa selama satu hingga dua jam untuk tiba ke air terjun Keretapi. Puas juga merasa bermain air yang jernih dipayung rimbunan pohonan hutan yang telah menelan sisa kejuruteraan dengan empayar alam semulajadinya.
Setelah habis menikmati awal pagi di jambatan pertama, kami terus mencari lokasi jambatan kedua pula. Seperti biasa, kami sekadar mahu terus ke jambatannya tanpa perlu melalui seluruh trek yang panjang. Namun, untuk jambatan kedua ini, ia mustahil boleh dilakukan selain perlu melalui dua terowong dan meranduk paya.
Silap kami juga perancangan minit akhir begini akhirnya kami masuk ke tempat ini tanpa pemandu arah. Sesat barat juga jadinya bia sekadar berpandukan pada peta Google. Akhirnya kami temui juga terowong kereta api lama yang terpanjang yang menjadi tanda kami berada di laluan yang betul.
Kepanjangannya hampir 300 meter dan yang uniknya, terowong ini perlukan kami meranduk lumpur pada 15 meter pertama dan kemudian air jernih sedalam sehingga ke paras lutut untuk baki perjalanan sehingga ke hujung. Pastikan bawa lampu picit kerana terowong ini sangat gelap.
Perjalanan di sini jauh lebih mencabar berbanding Air Terjun Keretapi. Sekalipun tidak jauh jaraknya tetapi selepas terowong panjang ini kami perlu meranduk paya keladi dengan air setinggi paras paha sebelum menemui terowong terakhir yang kering dan pendek jaraknya.
Kami tiba juga akhirnya di jambatan kereta api lama yang terpanjang yang masih berdiri utuh. Pemandangan di sini lebih majestik sekalipun keberadaan bukit-bukit gondol di kuari Perak Hanjoong mencacatkan horizon pemandangan kami.
Berbaloi perjalanan sejauh ini yang semuanya dibuat pada satu pagi sahaja. Kami kembali ke kenderaan kami sebelum jam 12 tengah hari dengan perasaan sangat gembira kerana mampu tiba ke destinasi yang jarang dikunjungi orang.
Destinasi seterusnya ialah untuk menghadiahkan diri kami dengan menu utama daerah Kuala Kangsar, mi udang. Jumpa lagi dalam perkongsian kami pasukan RareTV meneroka keindahan negara juga dunia. Siapa kata di Malaysia tiada destinasi bertaraf dunia? Mungkin masanya untuk hidupkan enjin kereta kita untuk terus Cuti-Cuti Malaysia!
* Artikel oleh Saiful Nang, RareTV.
RareTV
Sat Sep 16 2023
Penulis mengmbil angin di Air Terjun Keretapi sambil duduk di atas runtuhan konkrit lama. - Foto: RareTV
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Beliau berkata meskipun perubahan adalah sesuatu yang biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
17 projek persekutuan di Sabah sakit, 420 projek lagi belum bermula
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, tumpuan ketika ini adalah untuk menyelesaikan projek terbabit dan memastikan 420 projek yang belum bermula dapat dimulakan secepat mungkin.
Jualan Madani: Penjimatan sehingga RM1.05 juta
Pengerusi Task Force NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, sejak Februari lalu hampir 300 program jualan telah dilancarkan dan rakyat menerima manfaat sepanjang program berkenaan diadakan.
Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
30 kampung di Kuala Krai, Kelantan diramal banjir
Amaran dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan 30 buah kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Galas, Sungai Pahi dan Sungai Lebir di Kuala Krai Kelantan akan dilanda banjir bermula Isnin sehingga Jumaat ini.
"Jika Israel hancur, barat seterusnya' - MP Belanda
Ahli Parlimen Belanda dan populis sayap kanan dari Parti Kebebasan (PVV), Geert Wilders menyeru sokongan penuh dan berterusan diberikan kepada Israel.
Menerusi hantaran di X, beliau berkata ini kerana Israel memerangi konflik yang bukan sahaja mengancam Israel, tetapi juga dunia Barat.
Menerusi hantaran di X, beliau berkata ini kerana Israel memerangi konflik yang bukan sahaja mengancam Israel, tetapi juga dunia Barat.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Langkah ini diambil selepas Qatar menghentikan usaha pengantaraannya hampir sebulan lepas dengan alasan kekurangan “kesungguhan” daripada pihak-pihak terlibat dalam rundingan.
Ribut Darragh: Jutaan diarah tinggal di rumah susulan amaran merah
Ribut kuat melanda United Kingdom (UK) pada Sabtu selepas amaran merah jarang berlaku dikeluarkan, menyebabkan ribuan kediaman terputus bekalan elektrik dan mengganggu perjalanan serta acara sukan.
19 kampung berhampiran Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan dijangka banjir minggu ini
Hampir 19 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan dijangka mengalami banjir bermula Selasa hingga Jumaat ini.
AWANI Ringkas: Perkembangan banjir di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI-RareTV: Permata tersembunyi di rel lama Bukit Berapit
Siapa kata di Malaysia tiada destinasi bertaraf dunia? Ikuti perjalanan kru RareTV ini ke destinasi yang jarang dikunjungi.