Sering kali kita terdengar isu ‘cilok’ gambar atau penggunaan gambar tanpa izin daripada tuan empunya karya sehingga berlaku kes saman-menyaman.
Hasil karya yang dibidik susah-payah sewenang-wenangnya dicuri tanpa rasa bersalah dan hanya dititipkan kredit kerana mereka menyangka itu merupakan jalan paling selamat.
Ternyata perbuatan itu salah dan tidak beretika!
Tahukah anda wahai jurugambar di Malaysia, karya-karya anda boleh ‘dijaga’ oleh sebuah agensi yang menjaga hak cipta iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Mengupas dengan lanjut, bekas jurugambar agensi berita antarabangsa EPA dan AFP, Shamshahrin Shamsudin memberitahu, berdasarkan pengalaman mengadakan forum bersama MyIPO, agensi itu menyarankan agar kelompok jurugambar mendaftarkan karya mereka.
“Setiap gambar yang kita hasilkan sendiri akan jadi hak kita, akan tetapi MyIPO juga lebih mencadangkan kepada pemunya gambar supaya kita daftar gambar kita di bawah agensi mereka.
“Ini adalah untuk lebih menyenangkan jurugambar jika terjadi satu-satu kes yang melibatkan pelanggaran hak cipta jika berlaku kes mahkamah.
“Saya juga nasihatkan untuk setiap jurugambar freelancer supaya membuat perjanjian bertulis untuk setiap tugasan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelasnya, sebahagian besar kelompok jurugambar freelancer gemar menelah karya yang dibidik itu menjadi hak milik mutlak mereka.
Pada masa yang sama, pelanggan yang menggunakan khidmat mereka juga turut memikirkan perkara yang sama.
“Apa yang jadi kebanyakannya bila kita assume, kita selalunya buat assumption yang mana bagi pihak client, aku bayar, aku dapat... dan bagi jurugambar pula, walaupun you bayar, tetapi hak cipta milik mereka.
“Sebenarnya perdebatan tersebut dua-dua betul dan dua-dua salah. Betulnya separuh dan salahnya juga separuh. Jurugambar kata ia milik mereka... ya, betul... tetapi yang tidak betul adalah bila tidak ada persetujuan.
“Secara automatik gambar tersebut setelah dibayar oleh pelanggan akan jatuh di bawah Seksyen 26 (2)... yang menyerahkan hak kepada client. Jadi saya suka nasihatkan kepada jurugambar belajar tentang hak anda dan buat hitam putih. Saya juga sangat berharap badan seperti MyIPO supaya mengkaji semula dan melakukan amendment untuk menjaga hak jurugambar itu sendiri,” katanya.
Boleh ke rakam gambar Menara Eiffel pada waktu malam?
Jika kita perhatikan, tidak banyak imej Menara Eiffel yang dirakam pada waktu malam berbanding di siang hari.
Sebenarnya bukan tidak boleh langsung, namun anda perlu ada keizinan daripada perbadanan yang menjaga mercu tanda Kota Paris itu, Société d'Exploitation de la Tour Eiffel.
“Saya pun mula-mula pelik juga, jarang kita dapat tengok gambar menara itu pada waktu malam, selalunya waktu siang. Bila saya baca banyak buku rupa-rupanya ada perbadanan yang mengawal selia Menara Eiffel.
“Pihak perbadanan itu bertanggungjawab dalam memasang lampu yang melilit bangunan ikonik berkenaan dan sehingga hari ini ia masih dilindungi oleh Akta Hak Cipta Perancis di bawah seni artistik.
“Jadinya kalau kita nak ambil gambar Menara Eiffel pada waktu malam dengan rekaan lampu tersebut, makanya kita perlu minta izin... apatah lagi jika mahu memuat naik imej berkenaan di media sosial,” katanya.
Selfie beruk sehingga jadi kes mahkamah?
Kes ini melibatkan seorang jurugambar bernama David Slater di Indonesia apabila kamera miliknya dihampiri oleh beruk hitam.
“Monyet berkenaan bertindak menekan shutter kamera Slater sehingga terhasil swafoto atau selfie monyet berkenaan.
“Ia seterusnya menjadi pertikaian hakc ipta antara Slater dan Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) sehingga dibawa ke mahkamah.
“Mahkamah akhirnya memutuskan hak cipta di pihak Slater dengan alasan karya tersebut bukan diambil oleh manusia.
“Slater memenangi kes tersebut dan juga beliau berjanji untuk mendermakan setiap hasil daripada gambar tersebut kepada pertubuhan yang melindungi monyet-monyet,” jelasnya.
Sahlizah Mohamed
Sun Aug 09 2020
Jurugambar perlu tahu hak mereka sekiranya karya-karya yang dibidik menjadi mangsa plagiat atau dicuri untuk kegunaan pihak lain.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.