PARIT BUNTAR: Pemandangan unik dua dalam satu iaitu laut dan sawah padi yang dipisahkan oleh jalan kecil berturap di tengah-tengahnya boleh memukau sesiapa sahaja.
Deretan batu yang dibina di tebing menjadi penampan kepada ombak dan hakisan air laut, menjadikan suasana di sini tambah menarik, bak lukisan 3D.
Keindahan Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang bahagian utara Perak ini tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan ia sudah 'mendunia' dengan keadaan geografinya.
Sudah semestinya lokasi ini ibarat syurga atau 'port' terbaik bagi kaki pancing dari serata negeri di Malaysia memandangkan terdapat pelbagai spesies ikan yang ada di sini khususnya sembilang dan pari.
Menurut salah seorang penjaja kecil di sekitar dataran Ban Pecah, Kamaruddin Basari, 54 tahun, kerja-kerja naik taraf yang dijalankan di kawasan tersebut sebelum ini berjaya menghidupkan aktiviti pelancongan di daerah itu.
Namun begitu, dia yang sudah enam tahun mengusahakan gerai di kawasan pelancongan itu berpendapat masih ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan seperti lampu jalan dan bangku rekreasi untuk pengunjung.
"Sejak kawasan Ban Pecah dinaik taraf, Alhamdulillah ia mampu beri limpahan ekonomi kepada penduduk dan peniaga. Sebelum itu nak dapat RM70-RM80 pun agak susah.
"Paling ramai Jumaat sampai Ahad, boleh kata sesak jalan di sini. Kalau boleh pasang lampu untuk keselamatan di waktu malam sebab gelap, lagipun jalan agak sempit.
"Kalau ada pun dua tiga saja (lampu), itu pun untuk nelayan. Lagi satu kekurangan bangku, sebab pengunjung tiada tempat nak duduk dan bersantai," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi penduduk di sini Norizah Said, 37 tahun, berkata dengan kerancakan sektor pelancongan di Ban Pecah, ia sekali gus membuka peluang pendapatan kepada masyarakat.
"Apa yang boleh kita naik taraf mungkin jalan sebab ia terlalu sempit untuk laluan kereta, ada laluan yang hanya muat untuk sebuah kereta, yang satu lagi perlu tunggu.
"Kalau ada gazebo atau pondok rehat untuk kegunaan pengunjung lebih baik, ada kawasan untuk bersantai," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, sehingga kini terdapat kerja-kerja naik taraf dilaksanakan daripada peruntukan berjumlah RM500,000 yang diperoleh sebelum ini.
Jelasnya, ia merangkumi kerja naik taraf tempat gerai penjaja serta dataran di situ.
"Berkenaan lampu jalan, kita sudah panjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak tahun lepas. Rasanya ia akan dilaksanakan sekali dengan projek naik taraf tersebut.
"Untuk bangku dan pondok memang ada cadangan dan permintaan daripada orang ramai, tetapi buat masa ini kekangan daripada segi peruntukan.
"Sini memang rancak dengan aktiviti memancing, dulu sebelum COVID-19 memang dianjurkan program memancing saban tahun, tetapi sekarang agak perlahan.
"Bergantung kepada cuaca dan musim tertentu bila ikan banyak, kalau di tepi Ban Pecah memang banyak ikan seperti sembilang, siakap dan pari, itu tarikannya," katanya.
Tambahnya lagi, nelayan tempatan juga kini mengambil peluang untuk menyediakan perkhidmatan sewa bot kepada pemancing untuk ke kawasan tumpuan ikan.
Beliau menambah, jumlah pengunjung ke sini pada hujung minggu atau cuti sekolah anggarannya boleh mencecah sehingga 4,000 orang sehari.
"Kalau hujung minggu dari 5 petang sampai 7 malam memang sangat sesak, kalau orang tempatan memang ramai tahu dan naik motosikal saja tetapi bagi pengunjung yang bawa kereta memang agak sukar.
"Jalan di Ban Pecah ini, yang memisahkan laut dan sawah padi ini sebenarnya jalan milik Jabatan Pengairan dan Saliran. Kalau boleh kita mohon mereka pertimbangkan untuk naik taraf jalan itu.
"Tetapi kita faham kos yang diperlukan itu tinggi sebab jaraknya jauh sehingga 14 kilometer iaitu meliputi kampung nelayan Kuala Kurau hingga Tanjung Piandang.
"Saya harap pihak kementerian yang berkaitan melihat potensi yang ada dan harapnya ada peruntukan lebih disalurkan untuk pembangunan infra di sini," katanya lagi.
Aida Aziz
Sun Aug 20 2023
Kerja-kerja naik taraf yang dijalankan di sekitar kawasan Ban Pecah sedikit sebanyak berjaya menghidupkan aktiviti pelancongan di daerah Parit Buntar. - Foto Astro AWANI
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani
Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong.
Banjir: Ban tanah pecah, penduduk damba penyelesaian mampan
Penduduk tak mahu sekadar diberi bantuan makanan setiap kali berlaku banjir, tapi perlu cari penyelesaian supaya masalah itu dapat dibendung.
Baik pulih ban pecah siap, tiada limpahan air pasang di Tanjong Karang
Kerja pembaikan dan pengukuhan ban pecah yang menyebabkan banjir di Tanjong Karang, Ahad lepas, berjaya disiapkan hari sama.
Ban pecah, Tanjong Karang dinaiki air sedalam 1 meter
Sebuah jentera bersama anggota dan bot dari Balai Bomba Tanjong Karang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan awal pagi ini.
Ban Tanjong Karang ditambah baik, diluaskan lagi 10 meter
Ban sepanjang 15 meter pecah akibat hakisan selekoh sungai dan tekanan air pasang besar hingga menyebabkan banjir sekitar pekan.
Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar
Pihaknya akan memastikan pemantauan di sebelah pagi dan petang dibuat terutamanya di beberapa lokasi titik panas sepanjang tempoh itu.
Dua ban pecah di Tanjong Karang
Dua lokasi yang terjejas adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.
Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas
Dua kampung yang terjejas ialah Kampung Sungai Durian dan Kampung Selat Masjid.
Ban pecah: 13,350 hektar sawah padi terjejas, beri kesan keselamatan makanan - MB Kedah
Situasi yang berlaku ketika ini menyebabkan air tidak dapat disalirkan ke kawasan sawah padi yang tertentu terutama ketika musim menanam.
Kos baik pulih ban Terusan Tengah dianggar RM1.8 juta - Sanusi
Ketika ini kerja-kerja membelat sungai sedang dilakukan bagi memastikan paras air kembali kepada paras normal.