KUALA LUMPUR: Klasik dan eksklusif serta pada harga patut, namun beg tangan buatan Siti Noor Misro tetap menjadi pilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Masakan tidak, tas tangan terbabit diperbuat daripada fabrik songket yang jarang diketengahkan oleh pereka tempatan lain, sementara gandingan corak abstrak serta bunga pada fabrik dengan kombinasi warna pastel (pucat) dan terang menjadikan hasil tangan usahawan berusia 50 tahun itu tampak mewah.
"Saya memang minat menjahit kerana menerusi kegiatan itu saya boleh serlahkan kreativiti. Pada masa sama, saya juga suka produk buatan tangan.
"Apabila saya melihat video cara membuat beg tangan di YouTube, terdetik di hati saya untuk mencuba," katanya ketika dihubungi di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan.
Kini, selepas lebih 11 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Siti Nor berbangga dengan jenama Ct N Honey yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tas tangan unik termasuk orang kenamaan.
HANYA BELAJAR SENDIRI
Mengimbas semula pembabitan beliau dalam kerjaya itu, Siti Noor berkata beliau mula menghasilkan beg tangan pada 2012 namun hanya berani menjual produk yang dihasilkannya secara dalam talian pada pertengahan 2013.
"Pada ketika itu saya gunakan pelbagai material seperti kain kapas, linen, kanvas dan kulit sintetik. Reka bentuk juga sangat ringkas dengan kebanyakan beg tangan tersebut saya buat ikut tempahan dan cita rasa pelanggan," kata ibu kepada enam orang anak tersebut.
Melihat sambutan yang menggalakkan, Siti Noor membangunkan laman web untuk memasarkan beg tangan buatan beliau dan juga barangan jahitan untuk mereka yang ingin menghasilkan sendiri tas tangan.
Walaupun tidak mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang jahitan dan hanya belajar sendiri menerusi pelbagai video dalam YouTube, ternyata kerja tangan Siti Nor begitu menyerlah sehingga berjaya menarik perhatian pembantu Dr Wan Azizah pada 2019.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata beliau dihubungi oleh pegawai Dr Wan Azizah yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, memintanya menyediakan sebuah tas tangan daripada songket untuk dihadiahkan kepada isteri Presiden Turkiye Emine Erdogan yang dijadualkan datang ke Malaysia untuk menghadiri KL Summit 2019.
"Selepas mendengar tujuan tempahan itu, walaupun saya tidak pernah menggunakan fabrik songket, saya cuba sehabis baik untuk memenuhi tempahan Timbalan Perdana Menteri ketika itu," ujar beliau.
Menurutnya, dari situlah bermula sejarah penggunaan songket dalam pembuatan tas tangan beliau.
KETENGAHKAN SONGKET
Katanya, selepas menerima tempahan sulung daripada Dr Wan Azizah, beliau memberanikan diri untuk memfokuskan pembuatan tas tangan daripada songket.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai serampang dua mata, iaitu mengetengahkan beg tangan songket dan mempertahankan warisan songket yang semakin kurang digunakan oleh masyarakat umum.
"... hingga kini saya masih menerima tempahan beg tangan songket daripada beliau (Dr Wan Azizah), dan saya terharu kerana beliau mempercayai (akan kualiti) produk buatan tangan ini," kongsi Siti Nor.
Menurut usahawan itu, pembuatan beg tangan menggunakan fabrik songket khususnya, bukanlah satu kerja yang mudah kerana memerlukan ketelitian, dan beliau mengambil masa hingga dua hari untuk menyiapkan sebuah beg ringkas.
"Penghasilan beg buatan tangan ini adalah proses yang mengambil masa yang lama dan penuh ketelitian. Proses pertama ialah pemilihan reka bentuk dan material, kemudian kita akan melekatkan pengeras bagi memastikan beg lebih kukuh.
"Mesin jahit khas digunakan bagi memastikan kemasan yang rapi," jelas beliau, menambah tugas paling rumit ialah menghasilkan rangka beg kerana kerja menjahit bagi mencantum rangka dilakukan dengan tangan.
"Selalunya saya akan mengambil masa satu ke dua jam untuk menyiapkan jahitan tersebut,'' katanya yang mendapatkan bekalan songket daripada usahawan tempatan.
Menurut beliau, bagi memberikan rasa eksklusif, setiap corak songket dihadkan kepada satu beg sahaja.
PERLUASKAN PASARAN
Siti Nor berkata buat masa ini beliau melakukan kerja berkenaan di rumahnya dan dibantu oleh beberapa rakan yang dikenali menerusi media sosial.
"Rakan-rakan saya akan membantu terutama jika tempahan banyak, dan mereka menyiapkan bahagian masing-masing di rumah mereka sebelum dihantar kepada saya untuk dipastikan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dihantar kepada pelanggan," katanya.
Selain beg tangan songket, Siti Noor turut menghasilkan pelbagai beg lain seperti sling bag, clutch dan tote, bergantung pada permintaan pelanggan.
Harga pula bergantung pada jenis beg, saiz dan material yang digunakan, iaitu dari serendah RM180 hingga RM400.
Tentang pasaran, beliau berkata selain platform dalam talian, produknya juga boleh didapati di sebuah butik di Pavilion Bukit Jalil.
"Saya juga akan menyertai pameran dan acara besar untuk berjumpa dan memperkenalkan jenama kepada lebih ramai orang termasuk acara yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia kerana produk saya turut dipromosikan menerusi laman web Kraftangan Malaysia," katanya.
Menurut Siti Noor, beliau berasa puas setiap kali melihat pelanggan menggayakan beg tangan buatan beliau, lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan baju kurung atau kebaya.
-- BERNAMA / NURQALBY MOHD REDA
Bernama
Sun May 14 2023
Menurut Siti Noor, beliau berasa puas setiap kali melihat pelanggan menggayakan beg tangan buatan beliau, lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan baju kurung atau kebaya. - Facebook Siti Noor Misro
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Universiti Columbia ancam untuk membuang pelajar yang merampas dan menduduki bangunan bilik kuliah ketika pertikaian antara pengurusan universiti dan aktivis pro-Palestin di kampus Manhattan semakin sengit.
Tidak sepatutnya persoal pendidikan calon PH - Nik Nazmi
Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak-anak merupakan hak ibu bapa.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
World Central Kitchen (WCK) kembali operasi di Gaza
World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan beberapa kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan dari Israel kembali ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
Beg tangan songket eksklusif harga patut ini jadi pilihan orang kenamaan!
Beg tangan terbabit diperbuat daripada fabrik songket yang jarang diketengahkan oleh pereka tempatan lain.