Buat larian 10 minit sehari mampu jauhi risiko penyakit kronik

Maskulin
Oktober 31, 2021 00:30 MYT
Jika anda tahu akan kelebihan kesihatan jika selalu buat senaman seperti larian, kami yakin setiap penjuru jalan dipenuhi orang ramai yang melakukannya. -Gambar hiasan
SEJUJURNYA, tiada alasan untuk kita tidak melakukan aktiviti senaman; paling ringkas pun lakukanlah sahaja larian atau brisk walk.
Jika anda tahu akan kelebihan kesihatan jika selalu buat senaman seperti larian, kami yakin setiap penjuru jalan dipenuhi orang ramai yang melakukannya.
Bagi anda yang masih mempunyai tubuh badan sihat usahlah terlalu selesa dalam zon itu.
Ketahuilah bahawa risiko penyakit kronik boleh muncul jika tidak diberikan perhatian khusus.
Jadi berlarilah untuk kesihatan dan masa depan yang lebih baik.
Sama ada anda berlari di atas permukaan trek, jalan atau di treadmill sekalipun, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada anda.
Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan aktiviti larian di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan kelajuan sederhana mampu menjauhkan mereka dari pelbagai ancaman penyakit.
Mungkin anda tertanya-tanya pakah kelebihan kesihatan bila bila berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari?
Memang banyak kelebihannya yang mampu memberikan anda tahap kesihatan baik.
Antaranya:
Manakala terdapat sekumpulan saintis dari Belanda mengatakan dan memberi cadangan kepada setiap orang untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.
Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah:
ADAKAH SELAMAT BERLARI SETIAP HARI?
Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor pelu diberi perhatian.
Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.
Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;
*Artikel asal di Maskulin

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#senaman #larian 10 minit #Brisk Walk #aktiviti larian