awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cara 'genius' pelajar Thailand meniru dalam peperiksaan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/05/2016
15:26 MYT
Cara 'genius' pelajar Thailand meniru dalam peperiksaan
Jawapan akan diberikan kepada pelajar melalui sejenis jam pintar.Foto/Facebook Arthit Ourairat
KITA biasa mendengar pelajar ditangkap kerana meniru ketika peperiksaan.
Pelbagai cara digunakan demi mendapatkan markah tinggi dengan cara yang mudah, antaranya 'menyeludup' kertas jawapan, bertukar-tukar bahasa isyarat dengan rakan-rakan selain cara tradisional iaitu 'mengintip' jawapan rakan secara senyap.
Tetapi apa yang dilakukan pelajar dalam peperiksaan kemasukan ke Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti Rangsit ini bukan sahaja lain dari yang lain, malah boleh dikategorikan sebagai taktik kotor yang bijak.
Tiga peranti diperlukan untuk melaksanakan rancangan mereka; kaca mata, jam pintar dan kamera tanpa wayar.
Kesemua peranti itu dibekalkan oleh sebuah syarikat bantuan pengajaran (tutoring company).
Apa yang dilakukan ialah membawa masuk tiga proksi ke dalam dewan peperiksaan. Proksi-proksi itu mengenakan sejenis kaca mata yang dilengkapi dengan kamera kecil tanpa wayar (wireless camera) yang memancarkan soalan-soalan dalam kertas peperiksaan ke ibu pejabat syarikat berkenaan.
Kakitangan di syarikat itu kemudiannya akan menghantar jawapan kepada pelajar terbabit melalui sejenis jam pintar.
Gambar-gambar peranti itu dimuat naik oleh rektor universiti berkenaan, Arthit Ourairat.
Laporan beberapa portal menyebut pelajar membayar sekitar 50,000 Baht (RM 5,700) kepada syarikat berkenaan untuk 'perkhidmatan' itu.
Akibatnya ujian kemasukan pada 7 dan 8 Mei itu ditangguhkan ke 31 Mei dan 1 Jun.
Di Thailand, kemasukan ke Fakulti Perubatan adalah antara yang tertinggi kerana ramai anak muda mahu merebut peluang membuka institusi perubatan sendiri.
Nampaknya ada sebilangan pelajar kini tidak teragak-agak untuk menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi, biarpun untuk tujuan yang tidak baik.
Bagaimana dengan anda? Apakah cara 'kreatif' yang anda pernah gunakan untuk meniru di dalam peperiksaan?
Topic Berkaitan
#meniru
#peperiksaan
#peranti
#Universiti Rangsit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan