awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cara TMJ sindir 'ustaz Facebook'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/02/2016
01:30 MYT
Cara TMJ sindir 'ustaz Facebook'
'Hanya Allah berhak mengadili saya' - TMJ
TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, nampaknya punya cara tersendiri untuk menasihati golongan yang dianggapnya sebagai 'ustaz dan mufti di Facebook'.
Akaun Facebook Johor Southern Tigers memuat naik sebuah video yang memperlihatkan bagaimana TMJ bersalaman dengan wanita bukan muhrim dengan mengenakan kostum sarung tangan besar.
Pada suatu ketika di Padang Seri Gelam. Perkara yang aneh telah berlaku sebentar tadi.----A very unusual incident happened at Padang Seri Gelam some time ago.
Posted by JOHOR Southern Tigers on
Semuanya bermula apabila baginda ditegur beberapa individu selepas bersalaman dengan isteri kapten pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim.
Sebelum itu, dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook yang sama, baginda yang mesra disapa TMJ bertitah, hanya Allah yang berhak mengadili dan menghakiminya.
HANYA ALLAH SAHAJA BOLEH MENILAI SAYASaya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif...
Posted by JOHOR Southern Tigers on
Titah baginda, Islam sebuah agama yang mementingkan nilai kasih sayang dan hormat-menghormati.
Justeru, adalah tidak wajar sesama manusia membuat penghakiman, apatah lagi apabila membabitkan perkara kecil.
"Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian," titah baginda.
Dalam masa yang sama, baginda juga berpesan agar umat Islam tidak berlagak pandai, lebih daripada apa yang termaktub di dalam Al-Quran serta tidak menjadi seorang Muslim yang taksub.
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor
#Johor Southern Tigers
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan