Menjadi ibu baru sebenarnya bukanlah sesuatu pengalaman yang mengujakan bila diri sendiri diberi kesempatan oleh Ilahi untuk merasainya sendiri.
Sering melihat bagaimana kawan-kawan dan adik beradik melalui detik-detik menjadi ibu, tidak pernah terfikir pengalaman pertama ini bakal mengajar banyak erti hidup.
Bermula dengan tiga bulan pertama kandungan, nikmat makan itu seolah ditarik. Masakan tidak, bila apa saja yang ditelan terasa bagai ada yang tak kena.
Kalau lambat makan, peluh sejuk terus naik satu badan. Belum diceritakan bagaimana kalau bau makanan yang dimakan itu tak kena dengan selera. Maka apa yang dimakan tadi akan menjadi habuan mangkuk tandaslah jawabnya.
Suami pun naik pening nak melayan. Pukul 3 pagi pun mengaruk lapar, padahal baru sahaja makan pukul 11 malam tadi.
Itulah pengalaman ‘Morning Sickness’ yang merupakan pengalaman biasa yang dilalui oleh bakal-bakal ibu seperti saya.
Setelah lepas fasa tersebut, maka cabaran menjadi ibu sebenar telah pun bermula.
Saya selalu menganggap Morning Sickness itu seolah ujian penilaian awal iaitu sebagai ujian pembukaan untuk ujian-ujian yang lain.
Kini kandungan sudah pun masuk minggu yang ke-34. Perasaan teruja, tak sabar dan berdebar memenuhi minda ini.
Sangat teruja untuk melihat wajah sikecil ini, tak sabar untuk menyentuh jari-jemarinya dan berdebar bila terfikirkan saat-saat di bilik bersalin yang bakal dilalui nanti.
Disebalik perasaan-perasaan tersebut terselit kesusahan dan pengorbanan seorang ibu yang sebenar-benarnya yang selama ini saya sendiri tak pernah menghayatinya.
Bila badan dah berat untuk membawa si kecil ini, bila pinggang dan peha dah terasa sakit-sakit dan bila tidur seringkali terganggu dek asakan sikecil di dalam perut ini, mulalah hati kecil terfikir “oh beginilah rasanya waktu Mak mengandungkan aku dulu”
Paling kelakar bila selama ini melihat bagaimana kembangnya wajah-wajah kawan-kawan dan adik-beradik ketika mengandung dulu, kini terjadi pada diri sendiri. Bagaimana sengetnya mereka berjalan dulu, kini diri sendiri yang mengalaminya.
Seperti yang saya katakan, pengalaman ini bukanlah yang terindah, namun pada satu segi yang lain kita diberi kesempatan olehNya untuk menghayati dan menghargai kesenangan, kesusahan dan pengorbanan ibu sendiri sewaktu mengandungkan kita.
Belum lagi layak rasanya untuk menerima ucapan ‘selamat hari ibu’, namun begitu sempena Hari Ibu tahun ini, saya mahu meluangkan masa selama mungkin bila menghubungi ‘si dia’ nanti.
Saya mahu ucap terima kasih di atas segala sakit dia, penat dia dan susah dia dalam membawa saya selama sembilan bulan, melahirkan saya ke dunia dan banyak bersabar dalam membesarkan saya.
Hari ibu tahun ini mungkin yang paling bermakna untuk diri sendiri. Punya memorinya yang tersendiri dan mungkin tahun yang paling emosi.
“Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih untuk segala-galanya”. Klik galeri untuk melihat gambar Ibu-ibu berstatus selebriti di Instagram.
Azyyati Ahmad
Sat May 11 2013
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Debaran menjadi ibu baru
Menjadi ibu baru sebenarnya bukanlah sesuatu pengalaman yang mengujakan bila diri sendiri diberi kesempatan oleh Ilahi untuk merasainya sendiri.