MALAYSIA
Beruang jantan masuk perangkap

Haiwan liar itu telah memasuki perangkap awal pagi semalam yang dipasang anggota Perhilitan petang Selasa susulan aduan penduduk kampung. - Gambar hiasan
DUNGUN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan dianggarkan seberat 90 kilogram di Bukit Besi di sini semalam.
Ringkasan AI
- Seekor beruang matahari jantan seberat 90 kilogram berjaya ditangkap oleh Perhilitan Terengganu di Bukit Besi selepas menerima aduan penduduk mengenai kehadiran haiwan liar itu.
- Beruang tersebut dipercayai keluar dari hutan untuk mencari makanan dan telah merosakkan tanaman penduduk sejak minggu lepas, namun tidak pernah menyerang manusia.
- Haiwan itu dipindahkan semula ke habitat semula jadi dan merupakan beruang ketiga yang berjaya ditangkap di kawasan tersebut hasil tindakan pantas anggota Perhilitan.
"Beruang tersebut mungkin keluar dari hutan berhampiran untuk mencari makanan. Petugas Perhilitan telah menguruskan pemindahan haiwan tersebut ke habitat semula jadinya," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Besi Ahmad Bakhir Chik berkata beruang tersebut dikesan berkeliaran dan merosakkan tanaman penduduk sejak minggu lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata haiwan itu tidak pernah menyerang penduduk dan akan melarikan diri sekiranya terserempak dengan manusia.
"Sebelum ini dua ekor beruang telah memasuki perangkap yang dipasang di Bukit Besi dan Kampung Baru Besul.
"Alhamdulillah, tindakan pantas anggota Perhilitan membuahkan hasil apabila beruang ini berjaya memasuki perangkap dalam masa kurang 24 jam dipasang," katanya.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami