PENGARUH media sosial hari ini membolehkan sesiapa sahaja popular dalam sekelip mata. Yang bernasib baik tentunya mereka yang dikurniakan wajah dan penampilan yang menarik.

Itulah yang dialami gadis remaja dari Taiwan ini. Wei Han Xu, atau Wei Wei, seorang pekerja McDonald's yang kini menjadi sebutan warga media sosial hanya kerana wajah comel yang dimilikinya.

Dewi McDonald's
Antara laporan portal media tentang Wei Wei. - Foto Instagram PPPIG

Wei Wei tiba-tiba menjadi popular selepas seorang blogger terkenal Taiwan, RainDog, memuat naik beberapa keping gambar Wei Wei yang sedang bekerja ke laman blognya.






Secara tiba-tiba, Wei Wei menjadi tumpuan dan premis McDonald's di mana dia bekerja diserbu ratusan pelanggan, terutama lelaki, setiap hari. Netizen kemudiannya melabel Wei Wei sebagai Dewi McDonald's.

Lebih menggelikan hati, pengurus Wei Wei tidak begitu senang dengan tumpuan yang diterima pekerjanya itu. Ini kerana kebanyakan pelanggan yang datang akan berkumpul di kaunter pembelian setiap hari untuk bertemu Wei Wei. Dan jika Wei Wei tidak bekerja, pelanggan akan pergi begitu sahaja tanpa membuat sebarang pembelian.

Menurut laporan beberapa portal media, Wei Wei merupakan pelajar kolej dan sudah lima tahun bekerja di McDonald's secara separuh masa.