awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#DiariLockdown: Bukan semua boleh nikmati penjimatan ketika lockdown

Farhana Joni
Farhana Joni
10/06/2021
14:17 MYT
#DiariLockdown: Bukan semua boleh nikmati penjimatan ketika lockdown
Ramai yang memilih membeli barangan keperluan asas sepanjang PKP 3.0 dikuatkuasakan. - Gambar Astro AWANI.
MUNGKIN tidak banyak boleh dijimatkan, namun ramai mengakui saranan supaya duduk di rumah sepanjang total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini tetap membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian.
Sumber Facebook astroawani
Jelas seorang pengguna YouTube, Norbaizura Nordin, dia dapat berjimat dari segi perbelanjaan petrol kenderaan kerana tidak perlu ke pejabat disebabkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh dua minggu ini.
Bekerja di rumah membantu penjimatan petrol selain meluangkan banyak masa bersama keluarga
Bekerja di rumah membantu penjimatan petrol selain meluangkan banyak masa bersama keluarga
Seorang lagi pengguna YouTube juga berkongsi pendapat sama dan menjelaskan hanya sesekali keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan.
Tidak melancong atau berjalan jauh, antara sebab boleh berjimat
Tidak melancong atau berjalan jauh, antara sebab boleh berjimat
Begitu juga dengan Azman Abas yang kini banyak menjamu selera di rumah berbanding sebelum ini kerap makan di kedai.
Banyak memasak di rumah berbanding beli di kedai, antara sebab juga penjimatan boleh dilakukan
Banyak memasak di rumah berbanding beli di kedai, antara sebab juga penjimatan boleh dilakukan
Bagaimanapun, terdapat juga beberapa pihak yang tidak berpeluang menikmati sebarang penjimatan kerana realitinya mereka kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
#DiaryLockdown / Hari Ke-10 Sekatan yang dikenakan susulan pandemik COVID-19 ini menyebabkan banyak aktiviti yang terpaksa dilupakan. Boleh kongsi berapa banyak perbelanjaan yang berjaya anda jimat sejak PKP dikuatkuasakan?#AWANInews pic.twitter.com/q9pWEpjsPq
— Astro AWANI (@501Awani) June 10, 2021
Pengguna Facebook, Azhar Zainuddin pula berkata, dia tidak merasai penjimatan kerana berasa harga barangan semakin meningkat.
Harga barang yang meningkat menyebabkan kesukaran untuk rakyat berjimat
Harga barang yang meningkat menyebabkan kesukaran untuk rakyat berjimat
Di samping itu, ada berpendapat arahan supaya duduk di rumah menyebabkan peningkatan perbelanjaan dapur kerana seluruh ahli keluarga kini berada di bawah bumbung yang sama.
Lebih sukar apabila ada yang kehilangan pekerjaan malah gaji dipotong.
Kesukaran untuk melakukan penjimatan apabila gaji sedia ada dipotong
Kesukaran untuk melakukan penjimatan apabila gaji sedia ada dipotong
Bahkan, ada juga yang terpaksa mengikat perut kerana wang yang ada harus digunakan untuk membayar keperluan asas yang lain.
PKP dan COVID-19 turut mengajar ramai pihak supaya tidak lagi berbelanja mewah seperti dahulu
PKP dan COVID-19 turut mengajar ramai pihak supaya tidak lagi berbelanja mewah seperti dahulu
Topic Berkaitan
#PKP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#COVID-19
#Diari Lockdown
#jimat
#Petrol kenderaan
#perbelanjaan harian
#duduk rumah
#pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan