awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
Persepsi kaitkan penagih dadah daripada golongan miskin tidak tepat - PEMADAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dota 2: Fnatic tempah tiket ke separuh akhir ESL One Manila

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
23/04/2016
06:07 MYT
Dota 2: Fnatic tempah tiket ke separuh akhir ESL One Manila
Pasukan Dota 2, Fnatic menempah tiket ke separuh akhir kejohanan ESL One Manila selepas menumpaskan kumpulan gergasi Eropah, Empire 2-0 semalam. - Foto fail
Pasukan Defense of the Ancient 2 (Dota 2), Fnatic menempah tiket ke separuh akhir kejohanan ESL One Manila selepas menumpaskan kumpulan gergasi Eropah, Empire 2-0 semalam.
Pengurus Pasukan Fnatic Dota 2, Eric Khor Wei Soon berkata, pasukan ini perlu bekerja lebih keras memandangkan ia bukan laluan mudah bagi Fnatic, untuk memburu piala kejohanan Dota 2 yang merupakan antara terbesar di Asia Tenggara ini.
“Dalam peringkat saringan Kumpulan B, kami perlu bersaing dengan kumpulan gergasi seperti EHOME, Secret dan Empire.
“Ketiga-tiga mereka melakukan perubahan jadual yang besar dan Secret tidak pernah bermain sejak kira-kira dua bulan yang lalu. Jadi, agak sukar bagi kami untuk membaca corak permainan mereka, namun kami cuba yang terbaik,” tambahnya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
That's GG! Our Dota 2 team advance out of Group B in first place with a 2:0 victory over @team_empire. #ESLOneManila pic.twitter.com/084JNUsdjD
— FNATIC (@FNATIC) April 22, 2016
Beliau juga berkata Chai Yee Fung (Mushi), bertindak sebagai jurulatih bagi kejohanan ini dan Adam Shah (343) menggantikan tempat beliau.
Selain Mushi dan 343, kumpulan Fnatic ini terdiri daripada Khoo Chong Xin (Ohaiyo), Yeik Nai Zheng (Midone), Lim Wai Pern (Net) dan seorang pemain Filipina iaitu Djardel Jicko Mampusti (DJ).
Kejohanan ESL One Manila ini berlangsung di Mall of Asia Arena, Manila, Filipina, telah bermula sejak semalam dan berakhir esok.
Wang terkumpul pada kejohanan ini adalah sebanyak RM976,625.
Video Pasukan Fnatic melawan Pasukan Empire dalam Kejohanan Dota 2 ESl One Manila 2016 semalam. Dalam kejohanan ini, Mushi bertindak sebagai jurulatih - Dota 2 HighLights Daily
Topic Berkaitan
#Defence of The Ancient 2
#Dota 2
#Eric Khor Wei Soon
#fnatic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan