awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DOTA2: OG juara Manila Major, kekalkan kejuaraan Valve Major buat kali kedua

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
12/06/2016
14:36 MYT
DOTA2: OG juara Manila Major, kekalkan kejuaraan Valve Major buat kali kedua
Pasukan OG ketika ditemu ramah selepas selesai perlawanan akhir kejohanan The Manila Major di The Mall of Asia Arena, Manila, Filipina - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Pasukan Defence of the Ancients 2 (DOTA2), OG, membawa pulang piala kejohanan The Manila Major selepas menewaskan pasukan Liquid, 3-1.
Kemenangan ini turut menjadikan OG sebagai pasukan pertama yang memenangi dua kejohanan Valve Major DOTA2 berturut-turut selepas pasukan ini merangkul kejuaraan The Frankfurt Major, di Jerman pada November tahun lalu.
OG yang hampir setahun mengekalkan barisan pemainnya, membawa pulang wang tunai AS$1.11 juta (RM4.08 juta), manakala Liquid yang berada di tempat kedua membawa pulang AS$405,000( RM1.65 juta).
Pasukan ini terdiri daripada pemain Jordan, Amer Barqawi (Miracle-), dua orang pemain Denmark, Johan Sundstei (N0tail) dan Andreas Franck Nielsen (Cr1t-), pemain Kanada, David Tan (MoonMeander) dan diketuai oleh Pemain Israel, Tal Aizik (Fly).
Ketika ditanya adakah kestabilan pasukan mendorong kemenangan OG, memandangkan pasukan DOTA2 yang lain kerap menukar barisan pemainnya selepas selesai setiap kejohanan Tal Aizik, menjawab: "Persahabatan menakluk apa sahaja."
Jawapan Tal Aizik tersebut sememangnya meraih sorakan gemuruh daripada kira-kira 16 ribu penonton, yang menggegarkan The Mall of Asia Arena, di sini.
Dengan kemenangan OG ini juga, garis masa di media sosial dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat-peminat, dengan menggunakan kata kunci #DreamGreen.
@OGDota2 Congrats OG! You showed us that you're friendship turned into something called "family"! Well deserved win! #DreamGreen <3
— deanne macagga (@abcdeanne) June 12, 2016
@OGDota2 Congratulations! Dream green! /p>— mira (@PatrickpatpatQ) June 12, 2016
OG WON BABY. 3-1 is real! Congrats @OGDota2! #DreamGreen
— Akbar Azman (@akbarazman) June 12, 2016
OMG YAAAAAAAAAAYYYYYYYYY!! OG DID IT! #DreamGreen #ManilaMajor
— Stephanie Everett (@Anuxinamoon) June 12, 2016
Kejohanan Manila Major ini berlangsung sejak 7 Jun sehingga hari ini, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak AS$3 juta (RM12,249,000).
Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan ini, termasuk pasukan Malaysia, Fnatic.
Ikuti saluran Every Good Game Network (eGG Network) bagi perkembangan terkini sukan elektronik (eSports) 24 jam sehari, menerusi Astro dan Astro on the Go di saluran 808.
Topic Berkaitan
#DOTA2
#liquid
#manila major
#og
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan