PUTRAJAYA: Dua beradik memanfaatkan bahan kitar semula untuk berkarya di atas kanvas dengan berilhamkan kisah penderitaan dan perjuangan seorang wanita melawan virus COVID-19 semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Aqilah Syakirah Yusri, 18, dan adiknya Alisya Syuhaidah, 16, menggunakan sisa besi, plastik, botol, fabrik daripada bahan kitar semula seperti tetikus, plastik acuan kuih, kipas dan kotak untuk menghasilkan catan media campuran yang diberi nama 'Strongest Women' - COVID-19 is true! Never give up and keep strong.
Aqilah Syakirah berkata karya itu diinspirasikan daripada kisah ibu saudaranya yang dijangkiti COVID-19 dan bertarung nyawa di ICU Hospital Ampang pada 2021 namun meninggal dunia kemudian.
"Dari kisah itu, kami dapat idea untuk paparkan bagaimana susahnya wanita yang dijangkiti COVID-19 berjuang bertahan hidup dan sembuh," katanya kepada Bernama.
Aqilah Syakirah berkata karya mereka mahu membawa mesej bahawa setiap orang yang dijangkiti COVID-19 masih mempunyai harapan untuk sembuh meskipun berada di ICU dengan memaparkan kekuatan seorang wanita yang berjuang dalam peperangan menentang COVID-19.
Karya kedua-dua pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau di Negeri Sembilan itu telah dipamerkan dalam koleksi Waste to Art Competition 2021 yang dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), baru-baru ini.
Aqilah Syakirah berkata mereka mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahan kitar semula.
"Bahan-bahan memang senang dapat tetapi proses dan cara untuk siapkan karya tersebut agak rumit. Ia memerlukan kreativiti dan memang tidak tidur malam kami dibuatnya.
"Kami berdua siapkan karya ini di luar sesi persekolahan contohnya waktu malam, kami bersama-sama fikir cara untuk hasilkan karya dengan cara lebih menarik dan menyayat hati," katanya.
Alisya Syuhaidah berkata mereka memilih untuk memaparkan keadaan seorang wanita memakai alat bantuan pernafasan dalam karya tersebut khusus bagi menonjolkan bahawa ancaman COVID-19 adalah nyata.
"Gambaran jam dalam karya itu pula adalah detik waktu ketika berada di dalam ICU sebagai simbol yang sangat berharga untuk wanita tersebut kembali sembuh daripada jangkitan COVID-19," katanya.
Alisya Syuhaidah berharap karya yang dihasilkan dapat meningkatkan kesedaran kepada semua pihak untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Aqilah Syakirah dan adiknya Alisya Syuhaidah (kiri) menggunakan sisa besi, plastik, botol, fabrik daripada bahan kitar semula seperti tetikus, plastik acuan kuih, kipas dan kotak untuk menghasilkan karya seni. - Bernama
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Kritikan sosial menerusi pameran seni Merchandise
Selalunya, apa sahaja situasi seniman akan melihatnya dari sudut pandangnya yang sarat persoalan dan kritikan.
Dua beradik guna bahan kitar semula, berkarya kisah perjuangan melawan COVID-19
Karya itu diinspirasikan daripada kisah ibu saudara yang dijangkiti COVID-19 dan bertarung nyawa di ICU Hospital Ampang pada 2021.
Semangat muda Segaris Art Center
Galeri yang ditubuhkan di bawah UiTM Art & Design Sdn Bhd, anak syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd dinamakan sebagai Segaris Art Center.