awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota pengaman PBB cedera akibat tembakan di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
27/12/2025
02:20 MYT
Anggota pengaman PBB cedera akibat tembakan di selatan Lubnan
Anggota pengaman PBB dan tentera Lubnan berkawal di sebuah pusat pemeriksaan di Naqoura, sempadan Lubnan-Israel, selatan Lubnan, 27 Okt 2022. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera akibat tembakan serta satu letupan bom dari kedudukan tentera Israel di selatan Lubnan, menurut Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) pada Jumaat.
Menurut Anadolu Ajansi, UNIFIL memaklumkan tembakan dilepaskan dari kedudukan tentera Israel di selatan Garisan Biru dan mengenai kawasan berhampiran rondaan UNIFIL yang sedang memeriksa sekatan jalan raya di Kampung Bastarra, sebelum satu lagi letupan bom tangan berlaku berhampiran lokasi berkenaan.
"Bunyi tembakan dan letupan menyebabkan seorang anggota pengaman mengalami kecederaan ringan berupa gegaran pada telinga," menurut kenyataan UNIFIL.
Tiada kerosakan dilaporkan dalam kejadian itu.
Dalam insiden berasingan, UNIFIL memaklumkan satu lagi pasukan yang sedang menjalankan operasi rutin di Kampung Kfar Shouba turut melaporkan tembakan dari pihak Israel yang dilepaskan sangat hampir dengan kedudukan mereka.
Misi PBB berkata pihaknya telah memaklumkan terlebih dahulu kepada tentera Israel mengenai aktiviti rondaan itu, selaras dengan amalan biasa bagi rondaan di kawasan sensitif berhampiran Garisan Biru.
UNIFIL menyifatkan sebarang insiden yang berlaku ke atas atau berhampiran anggota pengaman sebagai "pelanggaran serius Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701," sambil mengulangi gesaan kepada tentera Israel supaya menghentikan tindakan agresif serta serangan terhadap atau berhampiran anggota pengaman yang bertugas menjaga keamanan dan kestabilan di sepanjang Garisan Biru.
Gencatan senjata dikuat kuasa di Lubnan sejak November 2024, selepas lebih setahun serangan yang mengorbankan lebih 4,000 orang dan mencederakan 17,000 yang lain, dalam konteks perang Israel di Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 335 orang terbunuh dan 973 lagi cedera dalam serangan Israel sejak gencatan senjata itu dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#UNIFIL
#lubnan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan