KETERUJAAN menyambut Syawal luar biasa kali ini sememangnya meninggalkan kesan buat kita semua. Bermacam cara dan ragam menyambutnya termasuklah berkreatif dalam pemberian duit raya.

Tidak perlukan sampul duit raya, idea duit raya yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @erynezzaty ini memang lain daripada yang lain.

Paling menarik bukan sahaja ada duit bahkan disertakan dengan gula-gula dan juga coklat. Lebih jimat dengan hanya dibungkus dalam plastik aiskrim namun bungkusan jadi cukup kreatif.






Memang kreatif dan paling penting dapat menarik perhatian anak-anak kecil kita. Duit pun dapat, coklat dan gula-gula pun dapat.


* Artikel asal di sini.