KUALA LUMPUR: Dalam pendidikan awal kanak-kanak, aktiviti bermain adalah satu proses perkembangan kanak-kanak yang berlaku secara menyeluruh bagi memberi peluang kepada mereka meluahkan idea, perasaan dan emosi.
Justeru, ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak sekali gus melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.
Bertitik tolak dari situ, seorang ibu muda Nur Izwana Asaad, 24, mengambil inisiatif menghasilkan pelbagai aktiviti permainan yang menarik di rumah demi anaknya, Anggun Aadrika Azri Shah, yang kini berusia dua tahun, tanpa perlu berbelanja besar.
Menurutnya, bukan semua barang permainan perlu dibeli sebaliknya ibu bapa perlu lebih kreatif dan berilmu dalam menarik minat anak-anak sekali gus membantu merangsang perkembangan otak dan koordinasi pancaindera mereka.
"Saya sudah dedahkan Anggun dengan aktiviti kad imbas seawal usia sebulan dan saya memang tidak beri langsung dia bermain gajet, bahkan menonton televisyen pun sangat jarang," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, antara permainan yang dihasilkannya adalah Zipper Board, Fish Bone, Ice Skating, Cut The Hair, Tracing Octopus dan Dancing Worms mengikut kesesuaian usia dan minat anak agar tidak hilang kecenderungan untuk bermain dan akhirnya terbiar begitu sahaja.
Suri rumah itu berkata setiap permainan tersebut diperbuat daripada bahan kitar semula seperti kotak, botol mineral, kertas atau apa-apa sahaja bahan yang ada di rumah.
"Apa yang penting, saya akan bimbing Anggun untuk bermain. Ia bukan sahaja dapat membantu mengembangkan lagi daya kreativitinya tetapi juga berfungsi untuk menilai perkembangan si kecil," katanya yang berpengalaman sebagai guru taska dan tadika selama lima tahun.
Jelasnya, aktiviti yang dijalankan itu turut membantu merangsang daya pemikiran, sentuhan dan kreativiti anak-anak sekali gus memanfaatkan anaknya itu.
"Saya sedar, ada sebilangan ibu bapa lebih gemar 'mendidik' anak mereka untuk berkelakuan baik dengan menyogokkan gajet, sedangkan ia tidak bagus dalam proses pembesarannya.
"Saya lihat, aktiviti bermain banyak membawa perkembangan positif kepada Anggun terutama dari segi kemahiran motor, disiplin, sosial dan tahap komunikasinya," katanya yang menetap di Bukit Beruntung, Rawang.
Bagi Nuraisyah Nordin, 28, pula menyifatkan aktiviti bermain bersama anak dapat membantu membangunkan hubungan kekeluargaan yang baik antara ibu bapa dengan anak.
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Nur Malaiqa Faiha Muhammad Firdaus Ridhwan, 3, dan Nur Mirsya Azkadina Muhammad Firdaus Ridhwan, 1, berkata ibu bapa perlu berdisiplin dan konsisten dalam melakukan aktiviti bermain dengan anak pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin harian.
"Namun, untuk menjayakan aktiviti itu, ibu bapa perlu tahu tahap dan umur anak. Jangan buat aktiviti di luar kemampuan anak kerana mereka akan jadi tertekan hingga membuatkannya cepat hilang fokus dan bosan seterusnya lari daripada membuat aktiviti," katanya.
"Fokus anak-anak bergantung mengikut umur antara lima hingga 10 minit, namun daya fokus ini sebenarnya boleh dirangsang supaya ia boleh menjadi semakin lama dan intensif.
"Untuk itu, ibu bapa boleh perbanyakkan aktiviti anak yang memerlukan sasaran dan fokus seperti aktiviti memasukkan putik kapas ke dalam lubang kecil yang dilihat bagus untuk meransang fokus anak," katanya.
Tambahnya, aktiviti tersebut turut membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri anak-anak selain membuatkannya lebih berdisiplin serta pandai menguruskan diri sekali gus memberi persediaan lengkap sebelum memasuki alam persekolahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak. - Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Enggan bermain gajet, Rania jadikan haiwan ternakan 'rakan karib'
Rania yang berusia 11 tahun menunjukkan minat terhadap haiwan ternakan sejak berusia tujuh tahun.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
Siri OPPO Reno11 5G - Pakar Potret, rekaan elegan
Paduan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas yang menjanjikan prestasi dan pengalaman terunggul.
Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar
Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden.
Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak.
Gejala kanak-kanak lambat bercakap meningkat, keterdedahan peranti antara punca - Pakar
Ini adalah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa terutama membabitkan anak berusia bawah 18 bulan.
Jangan biarkan anak ralit, 'screen time' ada hadnya
Biarlah orang kata kita mak ayah yang tidak percayakan anak asalkan kita tidak menyesal di kemudian hari.
Tip kawal anak daripada ketagih pada gajet
Sukar untuk memisahkan anak dengan gajet membuatkan ibu bapa pening kepala memikirkannya.
Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang
Penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri fesyen dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.