DIAM tak diam, "Harry Potter" sudah 20 tahun muncul di layar perak.

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 kemunculan filem pertama pelajar Hogwarts ini, peminat tegar "Harry Potter" kini boleh menguji pengetahuan tentang watak terkenal itu dalam siri kuiz yang bakal ditayangkan di televisyen pada akhir tahun ini.

Kuiz itu merupakan sebahagian daripada siri episod selama lima malam yang akan menampilkan beberapa tetamu yang buat masa ini masih dirahsiakan.

Ia turut menampilkan segmen khas dipanggil "permainan bersama" di mana peminat boleh mengambil bahagian dengan berpakaian mengikut tema di rumah masing-masing.

Kuiz ulang tahun ke-10 Harry Potter ini dijadual disiarkan di HBO MAX, Cartoon Network dan TBS akhir tahun ini.

Filem pertama diadaptasi daripada siri novel terlaris JK Rowling "Harry Potter and the Sorcerer's Stone" mula ditayangkan pada November 2001.

Francais lapan filem "Harry Potter" menjadi antara yang terbesar di dunia dengan kira-kira AS$7.7 bilion pungutan di box office.


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!