Lebih 15,000 penggemar nasi lemak dari seluruh negara membanjiri Pusat Konvensyen TM, Bangsar pada Sabtu untuk tidak melepaskan peluang merasai sendiri keenakan dan kepelbagaian sajian itu.
Festival 'I Eat Nasi Lemak 2016' anjuran Friedchillies.com, yang kini memasuki tahun ketiga, berjaya mengumpulkan 40 vendor nasi lemak terbaik dari seluruh negara di bawah satu bumbung.
Acara yang berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang kali ini menampilkan lebih 38,000 hidangan nasi lemak buat para pengunjung ke festival itu.
Antara jenama nasi lemak terkemuka yang mendapat perhatian ramai ialah Nasi Lemak Ujong Pasir dari Melaka, Nasi Lemak Habib (Batu Pahat), dan Nasi Lemak Wak Kentut (Kulai).
Menurut penganjur acara yang juga pengasas FriedChillies, Honey Ahmad, buat julung kalinya mereka menerima lebih 100 penyertaan daripada para peniaga nasi lemak terkemuka dari seluruh negara yang dinilai sebelum dipilih bagi menyertai acara tahun ini.
Menurutnya, setiap peniaga yang mengambil bahagian perlu menjalani proses yang teliti dan pemilihan dibuat sejak awal tahun berdasarkan kualiti, terutamanya daripada segi keenakan nasi lemak itu sendiri.
"Acara ini bertujuan mempromosikan produk pengusaha nasi lemak yang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri kepada orang ramai.
"Dalam masa yang sama ia bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai nasi lemak yang terkenal dari negeri-negeri lain di bawah satu bumbung," katanya kepada Astro AWANI.
Selain dikunjungi rakyat tempatan, acara ini juga berjaya menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mencuba sendiri keunikan setiap nasi lemak yang ada di sini.
Terdapat juga pelbagai aktiviti khas diadakan buat pengunjung, antaranya pertandingan 'Sambal Terpedas, Makan Terpantas' dan 'Nasi Lemak Triathlon' iaitu membungkus nasi lemak terpantas.
Acara ini juga turut disertai usahawan sosial "The Nasi Lemak Project" dalam misi membantu keluarga miskin bandar berniaga nasi lemak.
Azyyati Ahmad
Sat Nov 05 2016
Pengunjung mengerumuni nasi lemak Warung Rindu Pak Ya dari Pantai Dalam sempena festival 'I Eat Nasi Lemak 2016' di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, 5 Nov 2016. -FotoBernama
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Festival tampil 40 jenama nasi lemak terbaik di bawah satu bumbung
Acara anjuran Friedchillies.com yang berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang itu dihadiri oleh lebih 15,000 peminat nasi lemak.