awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final bola sepak: Gagal masuki stadium, 'ulat' atau masalah pengimbas tiket?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/08/2017
13:39 MYT
Final bola sepak: Gagal masuki stadium, 'ulat' atau masalah pengimbas tiket?
Seorang peminat dari Kuching, Sarawak, mendakwa ditipu RM400 demi membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand. - FOTO/Facebook Ular Pejal Afifi
MASIH isu tiket Sukan SEA.
Jika semalam kita membaca tentang luahan tidak puas hati penyokong yang gagal mendapatkan tiket, kali ini pula membabitkan satu golongan yang digelar ulat tiket atau penjual tiket tidak sah.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Ular Pejal Afifi memuat naik satu status mengenai seorang peminat dari Kuching, Sarawak, yang mendakwa ditipu RM400 demi membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.
Menurut Afifi, lelaki itu membeli tiket di kawasan sekitar Giant, Shah Alam. Biarpun mengetahui si penjual adalah ulat tiket, namun demi minat yang mendalam, dia tidak kisah mengeluarkan RM50 untuk sekeping tiket.
Dan apabila hendak memasuki Stadium Shah Alam petang tadi, barulah dia menyedari lapan tiket yang dibeli bukan tiket yang sah.
Lebih menyedihkan, lelaki itu bukan berseorangan sebaliknya bersama isteri dan anak-anak.
Apa yang ingin diketengahkan, tulis Afifi, adalah betapa ulat tiket kini sudah semakin melampau kerana bukan sahaja menjual tiket yang berkali ganda harganya, tetapi juga sanggup menipu dengan menjual tiket tidak sah.
Melalui pemerhatian, satu-satunya perbezaan tiket palsu berkenaan adalah tiadanya tanda hologram di bahagian hujung.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook dengan nama Nor Azianiyati Putit, pula menjelaskan lelaki dalam gambar berkenaan adalah abangnya dan menafikan masalah berpunca daripada ulat tiket.
Sebaliknya kata Nor Azianiyati, abangnya dan keluarga pada mulanya tidak dapat memasuki stadium kerana terdapat masalah pada pengimbas tiket.
"Abang saya dan keluarganya sudah dapat masuk. Tadi ada masalah pada scanner," tulisnya.
Astro AWANI sedang cuba menghubungi Azianiyati untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#final
#Sukan SEA
#tiket
#ulat tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan