TRADISI gastronomi Sabah dan Sarawak memang unik. Ia bukan saja mencitrakan latar etnik yang rencam. Ia juga menyerlahkan khazanah alam Borneo yang kaya diversiti.
Sehingga lewat 70-an, suku natif wilayah ini masih mengamalkan sistem ekonomi saradiri. Pertanian pindah dan memburu, kekal menjadi aktiviti utama.
Sebab itu warisan gastronomi mereka melambangkan seni survival yang tinggi. Mereka santuni alam semulajadi dengan budaya kulinari masyarakat agrarian tegar. Yang memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber asli di persekitaran.
Baru-baru ini saya sempat berkunjung ke Pasar Borneo di Serdang, buat pertama kali. Serius, saya kagum teruja!
Pasarnya tidaklah besar dari segi saiz, dengan jumlah gerai dan ruai kurang daripada 30. Tetapi ia menghimpunkan koleksi gastrulinari (gastronomi + kulinari) Sabah dan Sarawak yang begitu makmur.
Kalau balik kampung, saya memang pengunjung setia tamu-tamu (pasar tradisi) yang menawarkan aneka pilihan lokal. Tetapi di tamu mingguan Tuaran yang ikonik itu pun, kepelbagaian makanan Sabah hampir tidak dapat menandingi Pasar Borneo.
Di tamu kecil itu, saya temui sayur dan buah yang jadi item signature dua negeri Malaysia Timur itu. Ada tarap, bambangan, dabai, tutan, lemiding liar dan macam-macam lagi. Kulinari natif seperti pinjaram, kelupis, sambal tuhau, umai, hinava dan linopot pun ada.
Yang paling gempar, wujudnya pilihan aneka jeruk dan pekasam etnik. Saya memang penggemar abadi jenis-jenis makanan begini. Bukan saja sebab eksotik, tetapi ia mewariskan satu legasi penting kepintaran pribumi Borneo dalam seni mengawet makanan.
Inilah yang saya rujuk ciri gastronomi survival, kerana teknik tradisi tersebut membolehkan makanan tahan hingga bertahun. Boleh dijadikan simpanan bekal pada musim-musim mendatang yang sukar.
Ketika asyik membelek jeruk ikan sungai (dipanggil bosou oleh komuniti Momogun Sabah), penjualnya spontan bertanya dengan penuh yakin: “Tulun do dusun boh?” (Orang Dusunkah?) Apa lagi, meriahlah kami berborak dialek suku sendiri selepas itu.
Berada dalam komuniti diaspora Borneo di bumi Semenanjung, menyuntik rasa kekitaan yang indah. Kerana aura etnik serumpun itu terasa begitu dekat dan intim. Sambil membeli-belah, sambil menghayati irama lagu Dayak yang sayup-sayup berkumandang.
Selalunya orang akan tegur saya: “Are you Nepalese or Pilipino?” Atau paling tidak pun: “Oh, saya ingat kamu orang Cina.” Tetapi bila sesama warga Borneo, kami saling dapat merasa pesona identiti yang tersirat, meskipun sebelum bertanya.
Pasar Borneo di Serdang memang begitu istimewa di mata dan di hati. Ia tidak sekadar menerbangkan tradisi gastronomi Sabah dan Sarawak merentas Laut China Selatan. Yang jauh lebih manis, ia satu pertemuan yang melunaskan dendam rindu masyarakat diaspora Borneo di bumi semenanjung.
* Profesor Madya Dr. Ramzah Dambul merupakan seorang birokrat federal, saintis menara gading serta penyair dan pelukis indie.
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Ramzah Dambul
Mon Jan 21 2019
Paling gempar, wujudnya pilihan aneka jeruk dan pekasam etnik - Foto Ramzah Dambul
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Roti canai Malaysia dinobat makanan jalanan terbaik dunia
Senarai itu menerima pelbagai reaksi dari penggemar makanan antarabangsa, baik yang bersetuju mahupun yang mempertikai.
Makanan tempatan antara tumpuan promosi VMY2020
Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik, Malaysia memiliki kelebihan kepelbagaian makanan yang boleh diperkenalkan kepada pelancong.
#ASEAN52: Makanan mampu merakyatkan ASEAN, bukan lagi retorik
Kesatuan 10 negara anggota itu tidak harus hanya memfokuskan kepada hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G) tetapi menjadikannya rakyat dengan rakyat (people centric).
Jom tinjau bazar Ramadan... Maaf kalau artikel ini buat anda lapar!
Aneka jenis makanan di bazar Ramadan menambahkan kemeriahan suasana lewat petang di ibu negara.
Gastronomi eksotik menyatukan diaspora Borneo di tanah Semenanjung
Baru-baru ini saya sempat berkunjung ke Pasar Borneo di Serdang, buat pertama kali. Serius, saya kagum teruja!
Manfaat tolong-menolong dalam pembikinan Ketupat Sotong
Ketupat Sotong ataupun Sotong Sumbat menyimpan falsafah yang sarat perihal sifat saling tolong-menolong yang amat bermanfaat diamalkan sepanjang hayat demi keuntungan di dunia dan akhirat.
Gastrulinari Ala Malaysiana
Makanan dalam konteks komuniti Malaysia, bukan sekadar santapan mengisi perut.
Anda ada restoran tapi pelanggan makin kurang? Jangan asyik kata 'kena santau'. Ini sebabnya...
Tiba-tiba saja, anda mendapati premis anda tidak lagi menjadi pilihan pelanggan. Tiada lagi yang memberikan komen positif di media sosial.
Perak sambut pelancong dengan sajian makanan Cina halal
Nasi Ayam Hainan, Rendang Tok, dan minuman Kopi Putih adalah antara tarikan gastronomi bagi mereka yang mengunjungi negeri Perak.