Giant rai ulang tahun ke-81 dengan kempen ganjaran hebat, peluang menangi jongkong emas

Kempen Ganjaran Hebat Giant menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM 100,000. - Foto Giant
KUALA LUMPUR: Beli-belah di Giant kini bukan sekadar mengisi troli dengan barangan keperluan harian namun setiap pembelian membawa ganjaran hebat termasuk penjimatan besar dan peluang memenangi hadiah lumayan termasuk jongkong emas 20 gram.
Ringkasan AI
- Beli-belah di Giant kini bukan sekadar mengisi troli dengan barangan keperluan harian namun setiap pembelian membawa ganjaran hebat termasuk penjimatan besar dan peluang memenangi hadiah lumayan termasuk jongkong emas 20 gram.
- Sempena ulang tahun ke-81, Giant memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan dan berbaloi.
- Dari tawaran harga luar biasa setiap minggu hingga ganjaran menarik bernilai sehingga RM100,000, pelanggan kini mempunyai lebih banyak sebab untuk menjadikan Giant sebagai destinasi utama perbelanjaan isi rumah.
Antara lima cara paling berbaloi untuk membeli-belah di Giant termasuk tawaran hujung minggu “Murah Giler Kaw Kaw”, promosi digital mingguan dan dwimingguan, serta peluang mendapatkan hasil segar di Pasar Segar Rakyat di 20 cawangan terpilih seluruh negara dari jam 7 pagi hingga 10 pagi.
Bagi yang mementingkan nilai, dua jenama milik Giant iaitu Macrovalue dan G Brand menawarkan pelbagai produk keperluan harian dengan harga lebih rendah namun tanpa menjejaskan kualiti.
Lebih istimewa, Giant turut menggalakkan semangat beramal melalui kempen “Jom Sedekah Bersama Giant”, di mana pelanggan boleh menderma barangan kepada golongan memerlukan melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Kempen Ganjaran Hebat Giant menawarkan hadiah hebat yang menjadi idaman ramai seperti jongkong emas, kerusi urut OGAWA, dan iPhone 16 Pro Max. - Foto Giant
Selain itu, bagi individu yang gemarkan cabaran, Kempen Ganjaran Hebat Giant kini kembali dan kali ini menawarkan hadiah lebih hebat bernilai sehingga RM100,000 merangkumi jongkong emas, kerusi urut OGAWA, dan iPhone 16 Pro Max.
Cara-cara penyertaan peraduan adalah seperti berikut:
- Berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan Giant.
- Untuk setiap tambahan RM20 dalam resit sama, anda akan mendapat satu penyertaan tambahan. (Contoh: RM70 = dua penyertaan)
- Imbas kod QR yang disediakan di pasar raya Giant.
- Muat naik resit pembelian dan isi maklumat peribadi anda di pautan yang tertera.
- Pemenang akan dipilih secara rawak melalui cabutan bertuah.
Nama pemenang akan diumumkan di platform media sosial rasmi Giant Malaysia, manakala pemenang utama akan diumumkan dua minggu selepas kempen berakhir pada 5 November 2025.

Sertai Kempen Ganjaran Hebat Giant sekarang dengan mengimbas kod QR yang tertera. - Foto Giant
Ayuh sertai peraduan sekarang kerana anda bukan sahaja boleh menaiktaraf pengalaman membeli-belah namun anda juga boleh menikmati harga berpatutan, beramal, dan memenangi pelbagai hadiah menarik.
Giant menawarkan cara paling mudah untuk merealisasikan impian anda dan siapa tahu, mungkin juga membawa pulang jongkong emas!
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami