KUALA LUMPUR: Lari daripada kebiasaan, seorang lelaki memilih untuk memelihara serangga sebagai haiwan belaan sejak usia tujuh tahun lagi.
Dalam pelbagai jenis serangga yang dikenalinya, Muhammad Nazim Mizan mengakui dirinya lebih tertarik pada satu jenis serangga yang memiliki karakter menarik.
Juruteknik berusia 26 tahun itu berkata, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan.
“Saya masih ingat ketika usia saya tujuh tahun, waktu itu saya bermain di padang kawasan rumah.
“Sebaik ternampak aksi mentadak ‘bertarung’ dengan seekor kucing, waktu itu saya sedar mula terpaut dengan serangga yang dianggap sangat cool,” katanya memulakan bicara.
Memiliki puluhan koleksi mentadak pelbagai jenis di rumah, Nazim yang baru sahaja berkahwin bersyukur isterinya memahami minatnya dan tidak pernah menghalangnya untuk membawa pulang mentadak ke rumah.
Tambah Nazim, sehingga kini dia mempunyai lebih tujuh jenis mentadak yang diletakkan di dalam bekas khas.
“Ada beberapa jenis ada dalam simpanan saya antaranya spesies Gemmatus, Giraffe Mantis, Emposa Penata, Rhombodera Basalis, Hierodula Venosa, Acromantis dan banyak lagi.
“Masing-masing memiliki keunikan tersendiri yang membuatkan saya semakin kagum melihat ciptaan Allah SWT ini.
“Contohnya macam Giraffe Mantis, kalau kita lihat fizikalnya, lehernya kelihatan panjang seperti zirafah. Manakala Deroplatys Lobata kelihatan seperti daun kering yang ‘hidup’,” kongsinya teruja.
Tambah Nazim, memelihara serangga mungkin kelihatan mudah tetapi mentadak juga memerlukan perhatian daripada pemilik.
“Ada yang cakap bela serangga senang berbanding memelihara kucing. Tetapi mentadak juga perlukan perhatian sempurna agar ‘ikatan’ kasih sayang itu terasa mekar.
Kata Nazim, perhatian yang dimaksudkan adalah mentadak memerlukan suasana nyaman dengan suhu tepat dan kelembapan termasuk kebersihatan bekas yang perlu dibersihkan selalu.
“Saya juga akan pastikan mentadak dapat bekalan terbaik,” katanya sambil menambah jangka hayat bagi setiap mentadak boleh mencecah sehingga usia dua tahun.
Nazim juga membuat banyak ulang kaji tentang mentadak di internet serta mencadangkan sesiapa berminat memelihara mentadak agar membeli spesies yang tersedia di Malaysia.
"Harga bergantung pada spesis dan saiz. Kalau paling kecil boleh mencecah RM15-RM20 namun bergantung kepada penjual.
"Kalau usia pertengahan dalam lingkungan harga RM70-RM80 seekor manakala mentadak dewasa harga lebih mahal sedikit sekitar RM200-300," katanya.
Mentadak juga perlu diberi makan dua kali seminggu dan tidak boleh terlalu kenyang memandangkan saiz fizikal yang kecil dan halus.
Antara makanan yang diberikan kepada mentadak peliharaannya adalah lipas Dubia, lalat buah, cacing dan lipas Turkistan.
“Bekalan makanan semua diimport dari luar negara. Macam lipas Dubia, harga untuk satu bekas sekitar RM15.
“Saya juga pastikan bekas kesemua mentadak berada dalam keadaan lembap. Oleh itu saya akan sembur sedikit air bersih ke cermin di dalam bekas disediakan,” katanya.
Bagi yang mahu memulakan hobi yang sama, Nazim berpesan supaya banyak melakukan pencarian maklumat supaya keperluan spesies itu dapat diberikan.
Faida Rahim
Sun Jan 15 2023
Juruteknik berusia 26 tahun itu berkata, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan. - Foto ihsan Muhammad Nazim Mizan
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
'Gila serangga' sejak usia tujuh tahun, Nazim kumpul puluhan mentadak unik
Baginya, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan.