Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan

(Dari kiri) Melati, Naib Presiden & Ketua Pegawai Restoran, Zaid Hasman dan Ketua Pegawai Pemasaran, Chin Mei Lee diiringi para penari persembahan Golden Army di pelancaran Golden Prosperity Burger. - Foto McDonald’s Malaysia
KUALA LUMPUR: Ketika rakyat Malaysia terus menghargai detik bermakna bersama insan tersayang sempena kedatangan tahun baharu 2026, McDonald’s Malaysia menjemput semua untuk memupuk erti sebenar ‘Prosperity’ yang dibina melalui kebersamaan, perkongsian dan rasa syukur.
Ringkasan AI
- Ketika rakyat Malaysia terus menghargai detik bermakna bersama insan tersayang sempena kedatangan tahun baharu, McDonalds Malaysia menjemput semua untuk meneruskan erti sebenar Prosperity yang dibina melalui kebersamaan, perkongsian dan rasa syukur.
- Semangat itu dizahirkan di tengah kemeriahan Bukit Bintang apabila McDonalds Malaysia menyambut sambutan Tahun Baharu Keemasan dengan memperkenalkan semula Golden Prosperity Burger, simbol tradisi yang sekian lama menyatukan keluarga dan sahabat untuk berkongsi detik-detik emas yang penuh makna.
- Sambutan di Bukit Bintang ini menandakan fasa kedua kempen Prosperity Burger yang bermula pada November 2025, selepas pelancaran awal di Menara KL yang mengangkat mesej bahawa kemakmuran sebenar bukan diukur melalui apa yang dimiliki, tetapi dengan siapa yang kita miliki.
- Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonalds Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pengenalan semula Golden Prosperity Burger membawa kesinambungan kepada mesej kempen tersebut.

Antara keluarga pengunjung bertuah yang menyertai aktiviti pelancaran telah menebus tiket emas mereka untuk mendapatkan Golden Prosperity Burger. - Foto McDonald's Malaysia
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pengenalan semula Golden Prosperity Burger membawa kesinambungan kepada mesej kempen tersebut.
“Pelancaran Golden Prosperity Burger pada malam ini merupakan lanjutan ataupun fasa kedua bagi kempen Prosperity Burger yang telah kami lancarkan pada bulan November yang lepas.
“Kali ini Golden Prosperity Burger ditambah pula dengan hash brown keemasan yang rangup untuk tekstur garing yang ramai rakyat Malaysia nikmati dan sering meminta kami untuk ia kembali semula,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Golden Prosperity Burger di McDonald’s cawangan Bukit Bintang, di sini.
Menurut Melati, menyaksikan keluarga dan sahabat kembali bersatu merentasi kedua-dua fasa kempen dari Menara KL ke Bukit Bintang menjadi peringatan bahawa erti sebenar ‘prosperity’ akan terus berkembang apabila dikongsi bersama.
Puluhan ribu pengunjung membanjiri Bukit Bintang bagi mencipta kenangan baharu berteraskan tradisi yang tidak lapuk ditelan zaman, sekali gus membuktikan peranan McDonald’s sebagai sebahagian daripada detik penting dalam kehidupan rakyat Malaysia sejak beberapa dekad lalu.

Peraduan ‘Makan Emas, Menang Emas’ di Bukit Bintang menawarkan peluang menangi 10 unit Prosperity Burger emas 999.9 (10-gram) dan sebuah kereta elektrik. - Foto McDonald’s Malaysia
Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan inisiatif menarik, termasuk peraduan ‘Makan Emas, Menang Emas’ yang menawarkan peluang memenangi hadiah luar biasa, antaranya 10 unit Burger Prosperity emas 999.9 seberat 10-gram dan hadiah utama sebuah Proton e.Mas.
Selain itu, pengunjung turut menikmati diskaun 50 peratus untuk Golden Prosperity Burger ala carte menerusi aplikasi McDonald’s dari jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi pada 1 Disember, memberi peluang kepada pelanggan memulakan detik istimewa bersama insan tersayang.
Bagi membawa kemeriahan ini ke seluruh negara, trak emas McDonald’s akan menjelajah ke restoran McDonald’s di sembilan buah negeri dari 1 hingga 9 Januari, membuka ruang kepada lebih ramai rakyat Malaysia merakam detik keemasan dan berkongsi momen mereka di media sosial.
“Pada setiap hentian, ada pelbagai aktiviti yang kami sediakan untuk menarik perhatian dan merakam momen-momen keemasan bersama pelanggan McDonald’s yang kami sayangi.
“Kami mengalu-alukan orang ramai untuk datang, ambil gambar dan kongsikan di media sosial dengan hashtag #MekdiEmas. Mana tahu momen anda menjadi tumpuan ramai,” ujar Hajah Melati.

Keluarga dan sahabat handai di pelancaran Golden Prosperity Burger sedang menikmati hidangan Curly Fries McDonald’s sempena majlis sambutan. - Foto McDonald's Malaysia
Menerusi inisiatif ini, McDonald’s Malaysia berharap rakyat Malaysia terus menghargai nilai kebersamaan pada saat berkumpul, berkongsi dan mencipta kenangan yang menyatukan semua yang selanjutnya melahirkan sebuah detik istimewa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


