awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru kongsi rezeki jual biskut bersama anak didik luar bandar di Betong

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2020
09:20 MYT
Guru kongsi rezeki jual biskut bersama anak didik luar bandar di Betong
Pendekatan yang diambil Mohamed Aiman Bujang pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada anak-anak muridnya, lebih-lebih lagi setelah mereka menamatkan zaman persekolahan pada satu hari kelak. -Gambar Astro AWANI
Bukan sekadar mencurahkan ilmu kepada anak muridnya, seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman, Kabong tekad menjual biskut raya untuk menjana pendapatan sampingan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menariknya, Mohamed Aiman Bujang yang baharu berkhidmat sejak enam bulan lalu di sekolah itu tidak lupa akan anak didiknya yang berada di kawasan luar bandar tersebut.
Dia berkongsi hasil pendapatan yang dijana bersama mereka.
Jelasnya, pendekatan murni itu bukan sahaja dilakukan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, ia juga sebagai tanda ‘bertanyakan khabar’ sepanjang ketiadaan mereka di sekolah.
“Semasa PKP ini, saya dapat menghasilkan biskut dan dengan pendapatan yang dijana dari hasil jualan, ia akan disalurkan kepada anak-anak di kampung.
“Tetapi ia bukan dari segi kewangan, saya akan memasak dan bawa mereka untuk jamuan,” jelasnya.
Biskut tart nenas yang dijual Mohamed Aiman Bujang kepada pelanggannya. -Gambar Astro AWANI
Biskut tart nenas yang dijual Mohamed Aiman Bujang kepada pelanggannya. -Gambar Astro AWANI
Biskut yang dihasilkan Mohamed Aiman menggunakan resepi turun temurun keluarga. -Gambar Astro AWANI
Biskut yang dihasilkan Mohamed Aiman menggunakan resepi turun temurun keluarga. -Gambar Astro AWANI
Mohamed Aiman berharap, dengan perkongsian kecil itu, ia dapat memberi sinar keceriaan buat mereka dalam menyambut Aidilfitri.
Tambahnya lagi, kemahiran membuat biskut diwarisi daripada ibunya dan menggunakan resepi turun temurun keluarga.
Setakat ini, sambutan bagi biskut yang dijual sepanjang bulan Ramadan amat mengalakkan.
“Syukur, pelanggan saya datang dari pelbagai latar belakang dan tempat. Ada dari Putrajaya, Seremban, Kuching, dan amarahan,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Bagi Mohamed Aiman, apa yang dilakukannya itu wajar menjadi contoh terutamanya kepada anak muda untuk mengambil apa sahaja peluang perniagaan bagi memanfaatkan masa terluang semasa PKPB.
Meskipun sibuk dengan perniagaan, namun dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.
Etika yang tinggi dalam menyalurkan ilmu kepada anak murid tetap dipraktikkan bagi memastikan anak muridnya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Betong
#Guru luar bandar
#Kabong
#PKP
#PKPB
#Sekolah Kebangsaan SK Abang Leman Kabong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan