awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya dua hari! Jambatan Gantung Satok dibuka kepada umum sempena Tahun Baharu

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
31/12/2021
11:28 MYT
Hanya dua hari! Jambatan Gantung Satok dibuka kepada umum sempena Tahun Baharu
Jambatan Gantung Satok sebelum ini ditutup untuk memberi laluan kepada JKR melakukan kerja-kerja menambah 50,000 lampu piksel pada jambatan berkenaan. - Astro AWANI
KUCHING: Jambatan Gantung Satok kembali dibuka kepada umum selama dua hari bermula pukul 6 pagi, 31 Disember 2021 sehingga 12 tengah malam pada 2 Januari 2022 sahaja.
Jurutera Residen Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) Cliff Jude Zehnder berkata jumlah maksimum pengunjung yang dibenarkan berada di atas jambatan itu dihadkan kepada 100 orang pada satu-satu masa.
Menurut Cliff, Jambatan Gantung Satok sebelum ini terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada JKR melakukan kerja-kerja naiktaraf.
“Sebelum ini jambatan gantung tersebut terpaksa ditutup sementara untuk tambahan 50,000 lampu piksel pada jambatan berkenaan.
“Untuk itu, secara total sebanyak 60,000 lampu piksel akan digunakan bagi mendapatkan kesan pencahayaan yang lebih cantik pada jambatan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, pengunjung turut menasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan masing masing dan mematuhi Garis Panduan (SOP) COVID-19 semasa berada di atas jambatan berkenaan.
Terdahulu, JKR Sarawak dalam satu kenyataan pada 1 November lalu memaklumkan penutupan Jambatan Gantung Satok kepada umum untuk kerja-kerja penambahan lampu tersebut sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.
Topic Berkaitan
#Jambatan Gantung Satok
#Jabatan Kerja Raya Sarawa
#Cliff Jude Zehnder
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan