KUALA LUMPUR: Selepas mengambil masa hampir enam tahun, akhirnya buku yang menceritakan perjalanan kehidupan terutamanya membabitkan karier politik dan segala khidmat kepada masyarakat oleh Tan Sri Lee Lam Thye berjaya dilancarkan hari ini.
Biografi berjudul 'Çall Lee Lam Thye! Recalling a Lifetime Service' yang mengandungi 11 bab itu menceritakan kepelbagaian onak duri serta cabaran yang ditempuhi oleh beliau sepanjang 50 tahun berbakti kepada masyarakat.
Meskipun mengambil keputusan untuk bersara dalam arena politik pada 1990 jelas Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia itu, langkah itu tidak pernah menghentikan semangatnya untuk terus berbakti kepada negara.
Malah hampir keseluruhan bab dalam buku yang mengandungi lebih 310 muka surat itu memiliki pengkisahan yang dianggap istimewa untuk dikongsikan kepada para pembaca.
"Saya harap bahawa apa jua pengalaman yang saya perolehi yang saya ceritakan dalam buku itu dapat diterima secara terbuka oleh semua wakil rakyat supaya mana yang mereka rasa boleh ambil manfaat maka bolehlah mereka ikut.
"Bagi sayalah, sesiapa yang ingin berkhidmat kepada masyarakat dan negara tidak semestinya ia hanya dapat dilakukan melalui politik. Jika mereka ada idea yang bernas atau kritikan yang membina untuk negara mereka boleh buat menerusi badan bukan kerajaan," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku tersebut yang disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Beliau juga berharap agar kisah yang dimuatkan di dalam buku tersebut mampu memberi motivasi kepada mereka yang mempunyai sikap prihatin terutamanya golongan muda yang mahu menyumbang buah fikiran dan tenaga kepada masyarakat serta negara tanpa mengira bangsa dan agama.
Buku tersebut antaranya juga memuatkan secara lebih dekat kepada pembaca bagaimana beliau dari zaman mudanya banyak menghabiskan masanya dengan memberi fokus terhadap masalah dan isu membabitkan masyarakat di negara ini.
Buku tersebut diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan juga Mandarin dengan cetakan sebanyak 2,000 naskhah pada penerbitan pertamanya dan dijual pada harga RM50.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jun 16 2022

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima buku daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye (kanan) pada Pelancaran Buku Biografi Tan Sri Lee Lam Thye di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Niaga AWANI: Korporat | DNeX sumbang kepakaran pembangunan teknologi ke Turkiye
Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melalui anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd memeterai perjanjian persefahaman bersama Tuyar, sebuah syarikat teknologi di Turkiye dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor di negara itu. Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pihaknya akan membantu dari segi pembangunan teknologi selain berkongsi kepakaran pembangunan semikonduktor.

Sultan Selangor puji Lee Lam Thye
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi penghormatan kepada aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Harap biografi onak duri perjalanan hidup saya mampu cetus inspirasi - Lee Lam Thye
Sekalipun mengambil keputusan untuk bersara dalam arena politik pada 1990 jelasnya, langkah itu tidak pernah menghentikan semangatnya untuk terus berbakti kepada negara.

Rombak semula tempoh masa kerja doktor - Lam Thye
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengkaji semula sistem pengurusan sedia ada khususnya membabitkan tempoh masa penugasan doktor-doktor di institusi-institusi perubatan di Malaysia.

DBKL digesa periksa setiap projek pembangunan - Lee Lam Thye
DBKL digesa melakukan pemeriksaan di setiap projek pembangunan bagi memastikan tiada saluran longkang ditutup dengan sisa-sisa binaan.

JKKP perlu semak syarat kelulusan kren gondola - Lee Lam Thye
JKKP digesa untuk menyemak semula syarat kelulusan kren gondola dan peralatan yang digunakan untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Berita palsu, kurang yakin antara kekangan utama rakyat tidak dapatkan dos penggalak
Keyakinan masyarakat terhadap mendapatkan dos penggalak, perlu lebih ditekankan oleh semua pihak terutamanya kerajaan.

Kes buli: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berpandangan, guru mempunyai pelbagai komitmen lain yang perlu diberikan fokus terutama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Astro rangkul Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan dalam CSR Malaysia 2021
Pengiktirafan itu atas kesungguhan yang diberikan oleh gergasi media negara terhadap sumbangan yang dihulurkan kepada komuniti masyarakat.

PPVN wujud peluang praktikal, pengalaman buat saintis muda dan pelajar - Lee Lam Thye
PPVN berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri dalam masa terdekat.

Negara menua: Laksana dasar literasi digital warga emas
Usaha pencegahan jenayah siber perlu disertakan dalam dasar digitalisasi warga emas untuk elak golongan itu jadi mangsa penipuan.