BERITA kemalangan di jalan raya bukan perkara asing di negara ini memandangkan ia sudah saban hari dihidangkan dalam laporan media.
Namun kisah kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada pagi Sabtu menjadi viral gara-gara 'korban'nya kali ini adalah seekor harimau.
Kini yang menjadi topik perbincangan khususnya di media sosial adalah tahap keselamatan serta keprihatinan pengguna selain usaha pihak bertanggungjawab dalam menjaga serta memulihara hidupan liar yang mendiami kawasan berkenaan.
Ramai yang turut meluahkan kebimbangan tentang keselamatan diri sendiri, terutamanya mereka yang menggunakan motosikal dan melalui lebuh raya tersebut pada waktu malam.
Tidak kurang juga yang lebih prihatin dengan nasib haiwan liar di kawasan berkenaan. Banyak cadangan disuarakan netizen, dan cadangan paling popular adalah agar diwujudkan satu laluan khas yang dipanggil Eco Bridge.

Ada juga yang mahukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) lebih prihatin dengan langkah-langkah konservasi kawasan-kawasan yang menjadi penempatan haiwan liar.

Ini penting kerana haiwan yang berada di kawasan itu kemungkinan adalah dari spesies yang terancam, dan jika dibiarkan, situasi ini akan menyumbang kepada kepupusan.
Pada awal pagi Sabtu, seekor harimau belang itu mati dilanggar oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menghala ke Kuala Terengganu.