MI SEGERA merupakan sejenis makanan yang kerap menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat.

Selain mudah untuk disediakan, ia juga hadir dengan pelbagai jenis perisa dan juga murah pada tanda harga.

Begitupun, mi segera bukanlah pilihan hidangan terbaik dengan gizi yang lengkap, apatah lagi jika ia diberikan kepada kanak-kanak.

Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Twitternya menghuraikan 10 fakta tentang kenapa ibu dan bapa perlu mengelakkan anak mereka daripada menjamu mi segera.


Jom semak!

1. Risiko kanser

Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.


2. Risiko obesiti

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), 3 cawan mi segera mengandungi 30g lemak atau setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.


3. Penyakit metabolik

Kajian di Universiti Harvard menunjukkan kanak-kanak yang makan dua pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.


4. Risiko depresi, alahan kulit

Kajian di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mi segera dikaitkan dengan peningkatan risiko depresi dalam kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa.


5. Gangguan visual

Pewarna tiruan, contohnya Sunset Yellow FCF dan Tartrazine, menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf.


6. Kemerosotan daya ingatan

Kandungan MSG (Monosodium Glutamat) yang merupakan penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia.


7. Kerosakan hati

Mi segera juga disalut dengan ‘lilin’ atau wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur ‘licin’ pada permukaan mi. Pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati.


8. Bahan dari industri petroleum

Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) merupakan produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anak.


9. Kerosakan organ

Propylene glycol merupakan sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mi dan ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.


10. Proses penghadaman tidak teratur
Mi menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pengambilan mi segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan perut kembung. -Gempak