DALAM meraikan 'mood' perayaan Krismas dan detik-detik indah bersama keluarga dan rakan taulan, pastinya ramai dalam kalangan kita sekarang ini sedang menikmati hari-hari terakhir di penghujung tahun 2018 ini.
Ganjaran istirahat dan semangat percutian sedang dinikmati oleh sebahagian besar daripada kita. Pada masa sama, tentu ada yang mahu membuat perancangan lebih awal bagi merasai pengalaman seumpamanya pada masa akan datang.
Sudahkah anda mempunyai ilham untuk mengunjungi destinasi pelancongan sepanjang tahun baharu 2019?
Ikuti rumusan kami tentang negara yang wajib anda lawati pada tahun depan berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Lonely Planet.
10. Belize
Negara di benua Amerika Tengah ini kini menjadi lokasi eko-pelancongan terbaharu susulan rancangan kerajaan Belize untuk melindungi persekitaran marinnya yang unik.
Berikutan itu, resort berasaskan ekologi ataupun ‘eco-resorts’ banyak dibangunkan dan memenuhi sepanjang garis pantai serta kawasan perhutanan.
Rakyat Belize yang dahulunya diperintah kerajaan Britain, majoritinya boleh berbahasa Inggeris, dan ia tentu sekali tidak akan memberikan sebarang masalah komunikasi kepada pelancong.
Lokasi paling popular di Belize pula ialah lubang benam sedalam 124 meter iaitu Blue Hole Natural Monument yang paling 'digeruni' peminat aktiviti selam.
Tambahan itu, lawatan ke Belize tidak lengkap tanpa melihat tinggalan runtuhan Maya, terutamanya Gua Actun Tunichil Muknal atau ‘ATM’ di mana anda boleh mengikuti lawatan tertentu.
Pelancong digalakkan memulakan pengembaraan di Belize City, diikuti dengan menaiki bot ke Caye Caulker yang lebih santai dan sesuai untuk aktiviti menyelam.
Selain menyelam, pelancong juga disyorkan mencuba aktiviti 'trekking' di Cockscomb Basin Wildlife Sanctuary di mana anda boleh melihat kelompok jaguar.
9. São Tomé and Príncipe
Bagi mereka yang ingin mengembara ke destinasi yang tidak diketahui ramai, pulau di Afrika ini antara lokasi pantai yang tidak dibanjiri pelancong.
Pelawat dari Malaysia wajar melawat Belize melalui transit di Angola, Afrika atau Lisbon, Eropah.
Pengunjung digalak untuk memulakan perjalanan mereka dari São Tomé City yang merupakan pulau utama dan kemudian ke pulau Principe.
Antara lokasi yang harus dilihat ialah Baía das Agulhas dengan menaiki bot atau mendayung serta pantai Praia Banana yang berupa sebiji pisang!
Peminat fotografi dan seni bina boleh melawat 'rocas' ataupun perladangan dan bangunan tinggalan penjajahan Portugis di kawasan bandar.
Antara keistimewaan São Tomé dan Príncipe dikatakan ialah sikap rakyatnya yang dipanggil 'leve leve', ataupun sikap bersenang-senangan yang boleh dirasai di seluruh pulau itu.
8. Belarus
Belarus juga antara negara yang belum dipenuhi pelancong.
Negara di Eropah Timur itu sesuai bagi peminat sejarah Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin yang boleh melihat tinggalan dan kemusnahan daripada peperangan antara pihak Soviet dan pihak Nazi Jerman.
Pengaruh Soviet boleh dilihat di sekitar negara Belarus, termasuk kota bandar Minsk serta bandar Brest dan Khatyn sehingga negara itu dipanggil muzium ‘hidup’ Soviet.
Selain kota bandar Minsk yang penuh dengan kafe, muzium perang dan monumen, pengunjung juga disyorkan melawat bandar Khatyn untuk memerhati peringatan bagi penduduk bandar itu yang melalui kemusnahan di bawah tawanan Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua.
Antara monumen terhebat yang terletak di bandar Brest juga dikatakan salah satu monumen terhodoh oleh CNN, iaitu patung Keberanian atau ‘Courage’ yang berbentuk seorang askar Soviet.
Malaysia antara salah satu daripada 73 negara yang rakyatnya boleh mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Minsk tanpa memerlukan visa untuk selama 30 hari. (https://www.belarus.by/rel_image/6400)
7. Indonesia
Antara lokasi yang paling digemari oleh rakyat Malaysia, Indonesia melanda di tempat ketujuh negara yang wajib dilawati.
Selain kota bandar Jakarta dan Bali yang sudah lama dibanjiri pelancong, pengunjung disyorkan melawat lokasi lain yang belum dipenuhi orang ramai, terutamanya Lombok, Jogjakarta, dan Papua Barat.
Pengunjung boleh memulakan perjalanan dari Sumatera Barat untuk melihat Taman Negara Gunung Leusur, lalu bersambung ke Jogjakarta hingga ke Gunung Rinjani di Lombok, pantai di Bali dan akhirnya di Taman Negara Komodo.
Antara lokasi yang kurang diketahui orang ramai ialah kepulauan Raja Ampat di Papua Barat yang sesuai bagi peminat ekologi dan biodiversiti marin.
Selain itu, antara pengalaman yang harus dialami sekali dalam seumur hidup ialah memerhati matahari terbit di Gunung Bromo, iaitu gunung berapi aktif di Pulau Jawa.
Pelancong juga harus melawat Pulau Komodo, terutamanya bagi peminat menyelam skuba yang ingin melihat ikan paus manta sebelum berdepan dengan biawak komodo di Taman Negara Komodo.
6. Jordan
Jordan berada di tempat keenam terutamanya punca perlancaran ‘Jordan Pass’ yang selain menawarkan visa percuma dan akses kepada lokasi utama seperti Petra turut serta pakej jejak basikal di Jejak Jordan dan safari padang pasir di Shaumari Wildlife Reserve.
Bukan itu sahaja, namun peminat sukan lasak juga dapat mencuba aktiviti memanjat batu, meneroka gaung dan terapung di Laut Mati.
Lokasi yang wajib dilawati ketika di Jordan semestinya bandar kuno Petra yang dipenuhi tinggalan monumen dan binaan yang dipercayai dari tahun 9,000 Sebelum Masihi.
Pelancong juga disyorkan membuat lawatan ke Laut Mati untuk pengalaman berapung di dalam airnya yang merupakan ketujuh paling masin di dunia.
Walaupun bahasa rasminya ialah Bahasa Arab, namun pelancong mudah berkomunikasi dengan rakyatnya yang ramai boleh berbahasa Inggeris.
5. Kyrgyzstan
Kyrgyzstan kurang dikenali oleh umum, malahan ramai yang tidak tahu di mana terletaknya negara itu ataupun cara sebutannya (Ker-giz-stan).
Jelas, negara yang penuh gunung-ganang itu antara rahsia yang paling lama disimpan oleh peminat mendaki fanatik.
Negara itu terletak di Asia Tengah dan menyebelahi kelompok negara Stan lain seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan.
Peminat mendaki dan 'trekking' sesuai melawat antara salah satu daripada 88 banjaran gunung negara itu, terutamanya negara banjaran gunung Pamir-Alay dan Tien-Shan yang dikatakan antara yang paling mengagumkan di dunia.
Selain itu, pengunjung juga disyorkan menunggang kuda atau menginap sekurang-kurangnya satu malam di khemah tradisional ‘yurt’ yang menghadap kawasan pergunungan.
Pelancong Muslim juga mudah cari makanan halal di kota bandar Bishkek di mana majoriti penduduknya beragama Islam.
Tambahan itu, peminat membeli-belah boleh mencari pelbagai jenis cenderahati murah dan istimewa di bazar yang terletak di bandar Osh.
4. Panama
Cantik bagai poskad, Panama dipenuhi lokasi yang sesuai menjadi latar belakang gambar untuk Instagram.
Menurut senarai tahunan Gallup-Heathways, Panama pernah memenangi status negara paling bahagia pada tahun 2014 dan 2015 berturut-turut.
Jelas lawatan ke negara itu sesuai bagi mereka yang ingin bersantai dan melepaskan tekanan waktu bercuti daripada pejabat.
Aktiviti paling popular bagi kalangan pelancong semestinya ialah menyelam dalam air laut jernih dan menanam kaki di dalam pasir yang putih dan bersih di sekeliling kawasan pantai berdekatan dengan Panama City.
Banyak aktiviti yang berasaskan alam semulajadi di Panama seperti aktiviti menyelam dan snorkel, terutamanya di Taman Negara Coiba atau ‘Parque Nacional Coiba’ yang penuh dengan ikan pari manta dan ikan jerung.
Peminat muzik pula digalakkan melawat pada bulan Januari untuk menghadiri acara Jazzfest manakala mereka yang minat alam semulajadi boleh melawat pada bulan November apabila berjuta burung berhijrah memenuhi langit Panama.
3. Zimbabwe
Walaupun Zimbabwe telah melalui keganasan politik dan keruntuhan ekonomi sepanjang dua dekad, ia kekal antara negara di Afrika yang paling selamat untuk dikunjungi.
Dengan perakhiran zaman diktator Presiden Robert Mugabe, wujudnya suasana di Zimbabwe yang amat teruja menjelang tahun baru ini.
Destinasi paling popular di Zimbabwe ialah Air Terjun Victoria yang antara paling mengagumkan di dunia dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis aktiviti lasak sperti aktivit arung jeram (white water rafting) dan terjun lelabah (bungee jumping).
Selain itu, di taman negara Zimbabwe terdapat kesemua 5 spesis istimewa Afrika yang wajib dilihat sekali dalam seumur hidup, iaitu ‘The Big Five’, iaitu singa, harimau bintang, kerbau, gajah dan badak.
2. Jerman
Anda harus lawati tempat asal usul ciptaan mesin cetak, automotif serta banyak ciptaan inovatif lain.
Pengunjung disyorkan untuk mencuci mata di bandar Munich dengan melawati muzium seni, stadium FC Bayern, ataupun muzium BMW.
Namun, yang kurang dikenali umum ialah bidang kesenian dan reka bentuk di Jerman yang antara paling termasyhur di dunia berpunca daripada pengaruh pergerakan estetik iaitu Bauhaus.
Menjelang tahun 2019, kota bandarnya Berlin akan menyambut ulang tahun ke-30 sejak kejatuhan Tembok Berlin di mana tinggalan tembok itu masih dapat dilihat di tengah-tengah bandar itu serta banyak tinggalan sejarah lain termasuk Checkpoint Charlie iaitu titik persimpangan antara belah Barat dan Timur Berlin ketika Perang Dingin.
Selain Berlin, Lonely Planet menggalakkan pelancong melawat bandar lain seperti Hamburg, Cologne, Frankfurt dan Munich di mana setiap bandar memiliki keistimewaan tersendiri.
Di bandar Hamburg, peminat muzik boleh menikmati muzik klasikal di Dewan Konsert Elbphilharmonie.
Di samping itu, pasangan yang ingin pengalaman romantis boleh melawat Rhine untuk menaiki bot dan melihat istana dari zaman pertengahan, kebun anggur yang melimpah ruah, dan kawasan perkampungan yang seolah-olahnya muncul daripada cerita dongeng.
1. Sri Lanka
Antara sebab utama Sri Lanka mencapai tempat pertama di senarai Lonely Planet ialah sistem pengangkutannya yang baru sahaja diperbaiki lalu memudahkan perjalanan dari satu bandar ke bandar lain.
Lonely Planet sangat mengesyorkan pelancong untuk menaiki kereta api melalui perkebunan teh dari bandar Kandy ke Ella untuk menikmati antara salah satu pemandangan perjalanan kereta api yang terindah di dunia.
Berikutan perkembangan itu, lebih banyak hotel dan restoran berkualiti telah timbul bagi memuaskan perminataan pelawat yang semakin meninggi.
Sri Lanka juga sesuai bagi kedua-dua jenis pelancong: mereka yang suka bersantai, dan mereka yang minat aktiviti lasak.
Aktiviti santai contohnya melawat pusat yoga dan Ayurveda, menikmati suasana di pantai Unawatuna dan Colombo serta melawat tapak warisan yang memenuhi pusat bandar Sri Lanka.
Kekayaan budaya negara itu dapat dilihat di ‘Cultural Triangle’ yang berpusat di tengah-tengah Sri Lanka di mana monumen Buddha purba dapat dilihat di hampir setiap sudut.
Antaranya ialah Sigiririya, Polonnaruwa dan Anuradhapura yang kesemuanya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Bagi mereka yang minat aktiviti lasak, terdapat juga aktiviti mendaki hutan serta sukan air termasuk luncur air dan menonton paus.
Nailah Huda
Tue Dec 25 2018
Negara wajib dilawati pada tahun 2019 berdasarkan Lonely Planet.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini
Prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.
Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menang anugerah Brand of the Year di Anugerah Putra Brands 2019, selain dua kategori 'Rangkaian Media'.
RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA
England meraih lima lagi mata selepas menang besar menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.
Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya bersyukur, kerana berjaya melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan.
Nostalgia 'Ikhlas' 1992 di pentas KL JAMM
Menggamit nostalgia zaman penyatuan legenda seni suara tanah air di atas satu pentas, MUI dengan kerjasama syarikat Produksi KRU mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan KL JAMM.
Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat
Setelah 10 tahun mencipta fenomena, Les Copaque kini kembali dengan naskah terbaharu buat peminat-peminat animasi tersebut
10 ramalan bola sepak dunia tahun 2019
Ke manakah Jose Mourinho selepas ini? Siapakah bakal juarai Liga Juara-Juara Eropah? Apa nasib Neymar? Banyak yang boleh dijangkakan untuk 12 bulan akan datang.
Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi mengaku ingin fokus dalam bidang nyanyian dan menolak beberapa tawaran lakonan.
"Tiada yang mustahil" - Serena Williams titip kata-kata semangat kepada ibu bapa yang bekerja
Serena Williams telah menyampaikan mesej Tahun Baharu 2019 yang memberi inspirasi kepada ibu dan bapa yang kerja, dengan mengatakan "Tiada yang Mustahil".
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.