BIASANYA perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri. Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak.
Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang sudah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan apabila difikir-fikir. Kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri.
Anak kita belajar daripada kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Nurul Aziyana ada berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
Tujuh perangai anak akan belajar atau tiru dari ibu bapa adalah:
1. Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang 'loving', 'caring', 'supportive', layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tidak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Apabila dia diajar dengan keganasan, tidak mustahil dia pun akan jadi ganas.
2. Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ini jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insyaAllah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
3. Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar, tidak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas itu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.
Awas! Anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga apabila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
4. Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar, anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak dan ayahnya.
5. Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tidak serupa bikin.
Kalau sentiasa cakap tidak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
6. Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam itu.
Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
.Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
7. Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.
Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir daripada asuhan dan didikan mak dan ayah.
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Pa and Ma
Sat May 07 2022
Anak kita belajar daripada kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. - Foto Pa&Ma
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?