MESKIPUN tabiat tidur dikaitkan dengan sifat malas, masih tidak dapat dinafikan mendapatkan tidur berkualiti mempunyai banyak manfaat kesihatan fizikal, mental dan juga emosi.
Kesihatan yang baik berhubungkait dengan produktiviti seseorang.
Menyedari hakikat ini, sebuah syarikat insurans yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Aetna memperkenalkan sebuah dasar syarikat untuk menggalakkan pekerja mendapatkan tidur yang mencukupi.
Untuk setiap 20 malam pekerja mereka tidur untuk tujuh jam atau lebih, Aetna memberi ganjaran AS$25, dengan jumlah maksimum AS$300 bagi tempoh 12 bulan.
"Hadir di tempat kerja dan membuat keputusan yang baik merupakan antara asas perniagaan kami," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aetna, Mark Bertolini.
"Anda tidak akan bersedia sekiranya separuh mengantuk (di tempat kerja)."
Dasar syarikat ini mula digunapakai sejak tahun 2014.
Tahun lalu mencatatkan penyertaan kira-kira 12,000 pekerja daripada jumlah 25,000 keseluruhan dalam firma tersebut.
Masa tidur pekerja direkodkan menggunakan aplikasi dan peranti kecergasan seperti jam tangan dan sebagainya. Pekerja juga boleh merekodkan secara manual.
Tempoh tidur terbaik bagi orang dewasa seperti yang dicadangkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat adalah antara 7 hingga 8 jam, bagi mengelakkan kesan-kesan sampingan negatif akibat kurang tidur.
Kekurangan tidur yang berterusan boleh meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan kronik. Ia juga memberi kesan kepada kebolehan berfikir, bertindak balas, bekerja dan belajar.
Maka, dalam usaha untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih positif dan produktif, kepentingan tidur tidak boleh diabaikan.
Satu kajian Harvard Medical School baru-baru ini, dengan responden dalam kalangan pemimpin kanan mendapati, 96 peratus dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya beberapa tahap keletihan.
Satu pertiga menggambarkan keadaan itu sebagai "ekstrim".
Hasil kajian mendapati, antara faktor tekanan adalah keperluan untuk sentiasa bersedia dalam budaya bekerja 24 jam sehari, dan ramai yang mengorbankan tidur demi mencapai kejayaan.
Harvard Business Review sebelum ini mengesyorkan syarikat untuk menggalakkan pekerja mendapatkan tidur yang berkualiti dengan memperkenalkan program pembelajaran mengenai kepentingan tidur, dan menilai semula dasar syarikat sejajar dengan matlamat tersebut.
Agensi
Fri Jul 15 2016
Tempoh tidur terbaik bagi orang dewasa seperti yang dicadangkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat adalah antara 7 hingga 8 jam, bagi mengelakkan kesan-kesan sampingan negatif akibat kurang tidur. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pakar kenal pasti 2 ubat dipercayai mampu halang virus COVID-19
Kedua-dua ubat tersebut iaitu Vacuolin-1 dan Apilimod yang sudah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu menyasarkan enzim PIKfyve kinase.
Insentif tunai kepada pekerja untuk tidur
Meskipun tabiat tidur dikaitkan dengan sifat malas, masih tidak dapat dinafikan mendapatkan tidur berkualiti mempunyai banyak manfaat.