MENERUSKAN penghasilan karya kronograf yang ikonik, label jam tangan dari Switzerland, Breitling kekal menghiasi gaya si pemakai bersama frasa sofistikasi dan berstail.

Memperluaskan lagi misi serantau Breitling, Isabella Wong atau lebih dikenali Bella Kuan kini membuat penampilan debut sebagai wajah misi #Spotlightsquad selepas ‘dilamar’ oleh jenama tersebut.

Presiden Breitling Asia, Alvin Soon berkata, bersandarkan pada nilai inspirasi jenamanya, kerjasama ini lebih memberi fokus kepada perkongsian semangat wanita khususnya dalam setiap tindakan, stail serta tujuan.

“Kehadiran Bella sebagai sebahagian figura #Spotlightsquad di rantau ini; bersama-sama Cassandra Tan dari Singapura dilihat sebagai kerjasama yang fenomena. Ia menunjukkan perjuangan kami terhadap nilai transformasi dan kepelbagaian,” katanya.

Rekaan Superocean Automatic 36 amat sesuai bagi wanita yang mengimpikan gabungan elemen seraba boleh (versatility), nilai prestasi dan stail.

Bella dalam pada itu turut memberi ekspresi yang senada, di mana baginya kerjasama dengan Breitling ini adalah sangat dinanti-nantikan oleh beliau memandangkan kedua-duanya berkongsi nilai sama dalam mencapai sesebuah kejayaan.

“Stail yang dibawa oleh Breitling melengkapi saya dan amat sesuai dengan gaya hidup aktif Bella,” ujarnya.

Meneruskan legasi Superocean

Aktif, segar dan hadir dengan pelbagai variasi warna, Superocean Automatic 36 direka bagi wanita yang mengimpikan gabungan elemen serba boleh (versatility), nilai prestasi dan stail.

Superocean Automatic 36 dicipta dengan ciri ketahanan selongsong (case) keluli tahan karat 36mm serta jarum bervarian putih, biru terang dan jingga.

Ia turut hadir dengan gelang (bracelet) keluli tahan karat selain pilihan gelang tangan getah (rubber strap) berwarna putih, biru gelap dan jingga yang turut dipadankan bersama pencangkuk (buckle/ clasp) keluli tahan karat.

Sedia untuk memasuki laut sehingga kedalaman 200 meter, koleksi Superocean Automatic 36 ini turut menarik minat wanita yang gemar akan aktiviti seperti itu.

Superocean Automatic 36 hadir dengan gelang tangan (bracelet) keluli tahan karat selain pilihan gelang tangan getah (rubber strap) berwarna putih, biru gelap dan jingga

Seleksi gaya pelbagai cita rasa

Kemas dan elegan, itu frasa yang amat sesuai digambarkan bagi model terbaharu Navitimer Automatic 35 yang turut menggabungkan penciptaan jam tangan yang benar-benar ikonik.

Navitimer Automatic 35 dibangunkan bersama kronometer Breitling kaliber 17, yang menerima pengiktirafan Institut Pengujian Kronometer Rasmi Switzerland (COSC).

Hadir dengan tawaran pelbagai jenis material, koleksi ini menyediakan keluli tahan karat dan emas merah 18k, ciri selongsong 35mm bersama alur peletak cermin muka jam (bezel) selain pilihan elegan jarum berwarna perak, biru, tembaga (copper) serta mutiara putih.

Navitimer Automatic 35 dikuasakan dengan kronometer Breitling kaliber 17, yang diiktiraf oleh Institut Pengujian Kronometer Rasmi Switzerland (COSC).