awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri jadi 'singa' kerana tekanan?

Sinar Harian
Sinar Harian
06/03/2018
07:43 MYT
Isteri jadi 'singa' kerana tekanan?
Nasihat daripada mereka yang beremosi juga menjadi penyebab kepada tindakan seorang isteri atau ibu menjadi kasar.
KARAKTER isteri yang dikaitkan dengan ‘singa’ bukan sifat asal seorang isteri atau ibu, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka berubah.
Trainer Nuero Semantic-NLP yang bertauliah dalam bidang Pembangunan Modal Insan, Dr Rozieta Shaary berkata, tekanan yang berpanjangan, stres dan kurang ilmu dalam menguruskan rumah tangga menjadi punca utama dalam perubahan karakter isteri menjadi lebih bersikap kasar.
“Segelintir isteri tidak dapat menangani situasi di luar kawalan mereka dan beranggapan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan terkawal, namun sebaliknya berlaku," katanya ketika menjadi panel FB LIVE Sinar Harian, hari ini.
Rozieta berkata, kemahiran dalam memastikan kerja rumah yang lebih tersusun, cara bertutur dengan ahli keluarga, pengurusan masa aktiviti harian serta pengetahuan berkaitan perkembangan anak-anak juga penting dalam diri seorang isteri.
“Kebanyakan isteri yang lemah lembut berubah menjadi garang disebabkan oleh faktor tersebut.
“Mereka juga sering mendapatkan nasihat daripada mereka yang salah dalam menangani tekanan,” katanya.
Tambahnya, nasihat daripada mereka yang beremosi juga menjadi penyebab kepada tindakan seorang isteri atau ibu menjadi kasar.
Dalam pada itu, Rozieta berkata, berdasarkan kajian seseorang wanita itu menjadi kasar kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang.
“Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting dalam memberi sokongan, bantuan dan nasihat supaya isteri dapat berkongsi masalah sekaligus dapat menenangkan tekanan emosi yang dihadapi isteri,” katanya.
Dalam pada itu, salah satu usaha bagi berkongsi ilmu dengan golongan suami isteri dalam membangunkan modal insan, Rozieta mengadakan bengkel dan seminar dalam membantu isteri membuat keputusan yang betul tanpa perlu menjadi ‘singa’.
“Selalunya suami yang akan datang mendaftar seminar dengan tujuan membantu isteri yang dilihat sentiasa berada dalam keadaan tertekan, “katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Rozieta Shaary
#ibu
#isteri
#singa
#stres
#tekanan
#Trainer Nuero Semantic
#Trainer Nuero Semantic-NLP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan