Jangan ambil mudah atau menganggap badan sentiasa sihat, sebaliknya ubah cara hidup sebelum diserang penyakit seperti sakit jantung.
Itulah nasihat angiografer jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Azman Hussin, 43, seorang daripada peserta kayuhan basikal program amal 'My Heart, My Life'.
Bekas pesakit jantung itu menyedari keperitan diserang sakit jantung kira-kira tiga tahun lalu apabila rasa pedih di dada yang dialaminya, difikirkan berpunca daripada keracunan makanan.
"Jangan anggap kita sihat, walaupun badan kita muda sebab serangan jantung akan kena pada sesiapa sahaja, terutama golongan lelaki, tambah lagi kalau cara hidup dia termasuk tabiat merokok dan tidak menjaga pemakanan dengan betul.
"Seeloknya periksa paras kolestrol dengan kerap dan lakukan aktiviti sesuai seperti kardio jantung untuk lebih aktif," katanya ketika ditemui pemberita sebelum pelepasan peserta kayuhan basikal program amal itu di sini hari ini.
Azman mengakui mempunyai berat badan berlebihan ketika diserang sakit jantung disebabkan kecenderungannya mengambil makanan tidak sihat seperti makanan segera.
Mengenai program itu, Fisiologis Kanan IJN Azran Ahmad berkata program itu, yang dianjurkan bersama Yayasan IJN, diadakan bermula hari ini hingga 18 Sept ini melibatkan lebih 20 peserta terdiri daripada doktor dan kakitangan IJN mengayuh basikal dari Kota Kinabalu ke Sipitang, Keningau, Kundasang dan Kota Marudu.
"Program ini bersempena Bulan Kesedaran Jantung Sedunia dan sambutan Hari Malaysia, di mana kami akan menjalankan program amal di semua daerah yang kami lawati dengan membuat ujian saringan jantung, paras kolestrol dan paras gula secara percuma serta ceramah kesihatan," katanya.
Azran berkata peserta program itu akan berada di Kundasang untuk menyambut Hari Malaysia pada Sabtu ini dengan mengadakan program kesihatan bersama penduduk setempat di perkarangan Pentas Budaya Pekan Kundasang.
Peserta program kayuhan basikal itu dilepaskan oleh Pengurus Jualan Serantau Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd Bernard Kee di pengedar utamanya di Sabah iaitu TNBC Motor Sdn Bhd di sini.
Kee berkata pihaknya berbesar hati untuk menaja dua kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan IJN menjayakan program amalnya di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2017
Azman mengakui mempunyai berat badan berlebihan ketika diserang sakit jantung disebabkan kecenderungannya mengambil makanan tidak sihat seperti makanan segera. - Gambar hiasan
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Nor Azimah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu SSM
Nor Azimah mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti perundangan korporat, penguatkuasaan dan perkhidmatan korporat.
Jangan ambil mudah serangan jantung, nasihat bekas pesakit
Jangan ambil mudah atau menganggap badan sentiasa sihat, sebaliknya ubah cara hidup sebelum diserang penyakit seperti sakit jantung.