awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan hidang air dalam tin kitar semula - KKM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
05/12/2018
11:17 MYT
Jangan hidang air dalam tin kitar semula - KKM
Sebelum ini viral sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang yang menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu. Foto: Facebook/Kementerian Kesihatan Malaysia
Peniaga makanan dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan tin yang dikitar semula dalam penyediaan minuman.
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah peniaga hendaklah menggunakan bekas minuman yang bersesuaian dengan jenis minuman yang dihidangkan bagi mengelakkan pencemaran makanan dan bahaya kepada kesihatan.
“Penggunaan tin bekas susu dan tin-tin lain yang dikitar semula bagi tujuan penyediaan minuman boleh memberikan risiko kepada pengguna.
“Kebersihan tin kitar semula adalah diragui kerana sukar dibersihkan dengan sempurna disebabkan rekabentuk tin tersebut dan kemungkinan terdapat permukaan tin yang kemek.
“Di samping itu, ia boleh mencederakan pengguna semasa minum disebabkan permukaan tin yang tajam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Elak minum dalam tin kitar semula, nak 'hipster' pun biar berpada-pada
BACA: Trend makanan 'hipster' keterlaluan?
Jelasnya lagi, berdasarkan peraturan 27 dalam peraturan-peraturan makanan 1985, penggunaan apa-apa bungkusan yang boleh mengeluarkan bahan beracun, merosakkan, mencacatkan atau yang membantu dalam pemerosotan kualiti makanan.
“Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.
Sebelum ini viral sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang yang menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Noor Hisham
#hipster
#Kementerian Kesihatan
#kitar semula
#penyakit
#sesuai
#tin
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan